Khamis, November 20, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerajaan Denmark larang akses media sosial bagi kanak-kanak bawah 15 tahun

    COPENHAGEN, 9 NOV – Kerajaan Denmark pada Jumaat mengumumkan satu persetujuan untuk melarang akses media sosial bagi individu bawah 15 tahun, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap platform Big Tech di tengah kebimbangan semakin ramai kanak-kanak terperangkap dalam dunia digital yang dipenuhi kandungan berbahaya dan kepentingan komersial.

    Langkah itu akan membenarkan se-setengah ibu bapa, selepas penilaian khusus, memberi kebenaran kepada anak mereka berumur 13 tahun untuk menggunakan media sosial.

    Bagaimanapun, tidak jelas bagaimana larangan ini akan dikuatkuasakan, memandangkan banyak platform teknologi sudah pun mengehadkan pendaftaran pengguna bawah umur. Pegawai dan pakar mengakui sekatan sebegitu tidak berkesan.

    Jika dilaksanakan, langkah ini akan menjadi antara tindakan paling menyeluruh oleh kerajaan Kesatuan Eropah dalam mengehadkan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja dan kanak-kanak, satu isu yang semakin membimbangkan di seluruh dunia yang semakin bergantung terhadap perkara-perkara dalam talian.

    Bercakap kepada The Associated Press, Caroline Stage, Menteri Hal Ehwal Digital Denmark, berkata 94% kanak-kanak Denmark bawah umur 13 tahun mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun media sosial, manakala lebih separuh daripada mereka yang bawah 10 tahun juga memilikinya. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda