Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerajaan Greece kritik Tsitsipas ragui vaksin

    ATHENS, 20 OGOS – Kerajaan Greece mengkritik bintang tenis Stefanos Tsitsipas (gambar) selepas memaklumkan bahawa dia hanya akan mendapatkan vaksin COVID-19 jika ia diwajibkan.

    “Dia tidak mempunyai pengetahuan, tidak mengkaji atau melakukan kajian yang membuat dia melontarkan pandangan seperti itu,” kata jurucakap kerajaan, Giannis Economou.

    Economou berkata pemain nombor tiga dunia Tsitsipas “adalah seorang atlet yang hebat bagaimanapun tidak wajar mempertikaikan sama ada vaksin sudah cukup diuji untuk jangka waktu ini.

    Tsitsipas yang beraksi di Cincinnati minggu ini mendedahkan bahawa dia masih belum mengambil vaksin.

    “Tiada orang yang mewajibkan vaksin. Tiba satu ketika mungkin saya akan mengambilnya, saya pasti mengenai perkara itu tapi buat ketika ini ia masih belum wajib diambil, jadi saya tidak akan mengambilnya,” katanya.

    “Saya masih muda di bawah umur 25 tahun, bagi saya, vaksin masih belum cukup diuji. Ia masih baharu. Ia mempunyai beberapa kesan sampingan.

    “Saya secara peribadi mengenali beberapa orang yang mengambilnya. Saya tidak menentang, saya hanya merasakan tiada sebab untuk seseorang pada umur saya yang memerlukan vaksin.”

    Tambahnya lagi, tiada sesiapapun harus dipaksa mengambil suntikan vaksin itu.

    “Saya ingin melihat versi vaksin yang lebih baik yang akan memberi lebih banyak kelebihan kepada semua,” kata naib juara terbuka Perancis itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda