TOKYO, 7 OKT – Kerajaan Jepun mengakui telah menyunting gambar rasmi kabinet baharu untuk menjadikan penampilan anggotanya kelihatan kemas, selepas menerima kritikan dalam talian.
Gambar yang diambil oleh media tempatan menunjukkan seperti tampalan baju putih yang tidak kemas di bawah sut Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba dan Menteri Pertahanan Jepun, Jen Nakatani.
Dalam gambar rasmi yang dikeluarkan oleh pejabat Ishiba, kecacatan itu telah hilang serta-merta, tetapi tidak cukup pantas untuk menghentikan kecaman bertubi-tubi tentang penampilan kabinet yang tidak kemas dalam media sosial.
“Suntingan kecil telah dibuat,” kata jurucakap tertinggi kerajaan Jepun, Yoshimasa Hayashi kepada pemberita hari ini, sambil berusaha untuk mengalihkan kritikan itu.
“Gambar berkumpulan semasa acara rasmi pejabat perdana menteri, seperti rombakan kabinet, akan disimpan selama-lamanya sebagai kenangan, jadi penyuntingan kecil biasanya dilakukan pada gambar-gambar ini,” katanya. – AFP