Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerajaan Kanada disaman pendatang haram

    MONTREAL, 10 JULAI – Kerajaan Kanada disaman kerana didakwa mencabul hak pendatang dengan menahan mereka bersama suspek jenayah sementara menunggu pemprosesan status mereka, kata peguam bagi pendatang berkenaan kelmarin.

    Salah seorang pendatang menyifatkan masanya dalam tahanan sebagai ‘neraka hidup.’ Seorang lagi menggambarkan suasana traumatik di penjara, dengan penggunaan dadah dan pergaduhan dalam kalangan banduan.

    Para pendatang kadangkala dirantai dan menjalani penggeledahan bogel, kata peguam.

    “Penahanan imigresen adalah penahanan pentadbiran dan tidak sepatutnya bersifat menghukum,” kata peguam plaintif, yang menuntut ganti rugi C$100 juta (AS$73.4 juta).

    Dakwaan layanan buruk berkenaan terkandung dalam keputusan yang dijatuhkan pada Jumaat oleh Mahkamah Tinggi wilayah Ontario, yang membenarkan saman tindakan kelas oleh 8,360 orang yang ditahan Agensi Perkhidmatan Sempadan Kanada (CBSA) antara 2016 dan 2023 di 87 buah penjara. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda