Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerajaan Kanada tidak tepati janji, Stellantis henti bina kilang bateri

    OTTAWA, 16 MEI – Pengeluar automobil, Stellantis kelmarin menghentikan pembinaan kilang bateri di Kanada bagi kenderaan elektrik (EV), dengan mengatakan kerajaan persekutuan tidak menepati inisiatif yang dijanjikan.

              Stellantis dan syarikat yang berpangkalan di Korea Selatan, LG Energy Solution telah mengumumkan perjanjian yang ditunggu-tunggu pada Mac 2022 untuk membina sebuah kilang di Windsor, Ontario.

              Usaha sama bernilai AS$4 bilion untuk membekalkan bateri EV bagi sebahagian besar pasaran Amerika Utara dimeterai oleh Ottawa sebagai pelaburan terbesar dalam sektor automobil negara itu. – AFP 

    Gambar fail menunjukkan sebuah kenderaan elektrik dicas di stesen pengecasan. Stellantis menghentikan pembinaan kilang bateri di Kanada kerana kerajaan persekutuan tidak menepati inisiatif yang dijanjikan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda