Tuesday, April 23, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kerajaan Korea Selatan mula ambil tindakan, doktor pelatih mogok

    SEOUL, 4 MAC – Menteri Kesihatan Korea Selatan Cho Kyoo-hong pada Isnin berkata pihak berkuasa akan mengambil tindakan ke atas doktor pelatih yang melakukan ‘mogok secara haram’ dan mengingkari arahan supaya kembali bertugas.

    Kira-kira 9,000 doktor pelatih tidak hadir bertugas buat hari ke-14 berturut-turut pada Isnin kerana membantah rancangan kerajaan untuk menambah 2,000 lagi tempat di sekolah perubatan mulai tahun depan berbanding 3,058 sekarang.

    “Kerajaan tegas dalam prinsip menentang protes besar-besaran itu,” lapor Agensi Berita Yonhap memetik kenyataan Cho pada mesyuarat mengenai isu tersebut.

    “Mulai Isnin, pihak berkuasa kesihatan akan memulakan siasatan di hospital bagi menentukan sama ada doktor pelatih telah kembali bekerja dan mengambil langkah mengikut undang-undang dan prinsip tanpa pengecualian jika mereka masih enggan bertugas,” katanya.

    Pegawai kementerian berkata pihak berkuasa juga memulakan prosedur untuk menggantung lesen kira-kira 7,000 doktor pelatih.

    Kerajaan memberi tempoh sehingga Khamis untuk mereka kembali bekerja dan memberi amaran bahawa mereka boleh dikenakan tindakan, termasuk hukuman jenayah atau pembatalan lesen doktor.

    Sehingga Khamis lepas, daripada 8,945 doktor pelatih yang enggan bekerja, 565 telah kembali bertugas, menurut Yonhap. – Bernama

    Seorang doktor memakai topeng tiba untuk menghadiri perhimpunan menentang dasar perubatan kerajaan di Seoul, Korea Selatan, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parti Presiden Maldives dijangka menang besar dalam pilihan raya

    NEW DELHI, 22 APRIL - Parti Presiden Mohamed Muizzu dijangka menang besar dalam Pilihan Raya Parlimen Maldives, kelmarin. Menurut media tempatan, parti Muizzu Kongres Nasional...