Thursday, November 7, 2024
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerajaan Laos seru dapatkan dos penggalak

    VIENTIANE, 4 MEI – Pihak berkuasa kesihatan Laos menasihatkan orang awam untuk mendapatkan dos penggalak COVID untuk menguatkan imunisasi dan memenuhi syarat diperlukan untuk perjalanan keluar negara.

    Mendapatkan dos penggalak (suntikan ketiga dan keempat) adalah syarat bagi membuat permohonan perjalanan keluar negara, menurut laporan akhbar Vientiane Times hari ini.

    Ia dibuat ketika kerajaan mempertimbangkan untuk membuka semula sepenuhnya negaranya kepada pengunjung dalam dan luar negara.

    Jawatankuasa petugas khas bagi Pencegahan dan Pengawalan COVID ketika ini mengambil cadangan daripada orang ramai, termasuk ekspatriat luar di Laos, mengenai cadangan pembukaan semula sempada negara itu kepada semua warga Laos dan luar.

    Keputusan yang diperoleh akan dimasukkan ke dalam cadangan untuk dihantar kepada kerajaan untuk dipertimbangkan.

    Menurut Phonepaserd Sayamoungkhoun, timbalan pengarah Jabatan Pengawalan Penyakit Berjangkit di bawah Kementerian Kesihatan Laos, dos penggalak adalah diperlukan apabila membuat permohonan untuk kebenaran perjalanan ke negara lain.

    Pemberian dos penggalak kekal rendah di Laos, dengan liputan ketika ini dicatatkan sebanyak 19.4 peratus daripada jumlah populasi. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda