Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerajaan Maghribi gesa dialog dengan kumpulan protes belia

    RABAT, 10 OKT – Kerajaan Maghribi kelmarin mengulangi gesaan untuk mengadakan dialog dengan kumpulan belia GenZ 212, yang telah menganjurkan siri protes besar-besaran di seluruh negara sejak akhir September bagi menuntut pembaharuan dan perubahan kerajaan.

    “Mesej telah diterima,” kata jurucakap kerajaan, Mustapha Baitas. “Kerajaan sedang bertindak pantas untuk menggerakkan sumber dan menangani kekurangan yang ada.”

    “Kami berharap pihak satu lagi akan tampil supaya kami dapat mendengar cadangan mereka dan menangani isu ini bersama,” tambahnya sambil menyatakan pihak berkuasa kini ‘mempercepatkan pelaksanaan projek,’ terutamanya dalam sektor kesihatan.

    Kumpulan GenZ 212, yang melancarkan protes berkenaan, turut menyeru demonstrasi yang lebih besar kelmarin, sehari sebelum ucapan tahunan Raja Mohammed VI yang dinanti-nantikan.

    Penunjuk perasaan telah turun ke jalan hampir setiap malam dalam beberapa minggu kebelakangan ini, satu keadaan luar biasa bagi negara Afrika Utara yang biasanya stabil itu.

    Kemarahaan rakyat pada awalnya tercetus susulan kematian lapan wanita hamil di sebuah hospital awam di Agadir. Namun, para penunjuk perasaan juga menuntut Perdana Menteri Aziz Akhannouch meletakkan jawatan.

    Dalam kenyataan kelmarin, kumpulan itu menuntut ‘tindakan tegas terhadap rasuah’ dan ‘pemodenan radikal terhadap buku teks sekolah’. – AFP

    Orang ramai menyertai protes yang dipimpin golongan belia menentang rasuah dan menuntut pembaharuan dalam bidang pendidikan serta penjagaan kesihatan di Rabat, Maghribi, pada 9 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda