Tuesday, October 8, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerajaan Malaysia jamin beras mencukupi

    KUALA LUMPUR, 3 OKT – Kerajaan Malaysia telah memberi jaminan kepada negara bahawa beras tersedia mencukupi dan menggesa orang ramai supaya tidak mengumpulkan beras keluaran tempatan selepas pembelian panik baru-baru ini menyebabkan rak kosong di pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara.

    Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan, Mohamad Sabu berkata semalam kerajaan akan meningkatkan pengagihan ke kawasan luar bandar bagi menangani isu bekalan yang dicetuskan oleh kenaikan harga beras import.

    Malaysia dan banyak negara sedang bergelut dengan kenaikan harga beras dan bekalan yang rendah selepas sekatan India terhadap penjualan beras mengurangkan bekalan global sebanyak satu perlima.

    Mohamad berkata beras keluaran tempatan dihadkan pada $2.60 ringgit sekilogram, yang paling murah di rantau ini. Jadi apabila pengimport tunggal Padiberas Nasional Berhad menaikkan harga beras putih import sebanyak 36 peratus pada 1 September, ia mendorong ramai rakyat Malaysia beralih daripada beras import kepada beras tempatan yang lebih murah.

    Beliau berkata harga beras import yang lebih tinggi tidak dapat dielakkan selepas India dan 18 negara lain mengehadkan eksport beras untuk memenuhi keperluan domestik. Malaysia mengimport kira-kira satu pertiga daripada bekalan berasnya.

    “Sebenarnya, kita tidak mengalami kekurangan beras di negara ini. Cuma harga beras import naik mendadak,” katanya sambil menambah kerajaan sedang mengambil langkah untuk menangani isu tersebut.

    “Saya ingin mengingatkan rakyat sekali lagi supaya bertenang dan hanya membeli apa yang awda perlukan. Jangan panik beli.”

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata semalam isu itu akan mengambil masa untuk diselesaikan.

    Beliau dipetik oleh agensi berita Bernama sebagai berkata kerajaan akan menyediakan $400 juta sebagai subsidi kepada kemudahan kerajaan seperti kem tentera dan polis serta sekolah untuk menggunakan beras import supaya terdapat lebih banyak beras tempatan untuk pasaran. – AP

    Seorang wanita memeriksa beras di sebuah gedung membeli-belah di luar Kuala Lumpur, Malaysia. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda