Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kerajaan Malaysia tumpu usaha tambah baik SSL

    KUALA LUMPUR, 27 JULAI – Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha untuk menambah baik Tahap Sara Diri (SSL) serta meningkatkan keterjaminan makanan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Beliau berkata ia termasuk menambah keluasan tanaman tetapi mengoptimum penggunaan tanah perladangan sedia ada. “(selain itu), meningkatkan daya tahan sektor agromakanan melalui aplikasi teknologi pertanian bagi meningkatkan produktiviti untuk manfaat petani kecil.

    “Ini termasuklah pendekatan pertanian regeneratif, tanaman berdaya tahan iklim serta penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI),” kata Anwar pada majlis peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasakan Rakyat di sini hari ini.

    Bagi menyediakan sokongan kepada industri makanan tempatan untuk meningkatkan pengeluaran, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sejumlah RM200 juta disediakan di bawah Agrobank untuk membantu menyediakan kemudahan pembiayaan khususnya bagi aplikasi teknologi moden pertanian.

    Selain itu, beliau berkata kerajaan telah mengumumkan komitmen menambah baik infrastruktur pengairan kawasan  Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Kedah dan Perlis bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran padi kepada lima musim dalam tempoh dua tahun melibatkan prasarana bernilai RM3 bilion. – Bernama

    Datuk Seri Anwar Ibrahim (empat, kiri) beramah mesra dengan para peniaga ketika hadir pada Karnival Segalanya Felda Bersama Perdana Menteri Peringkat Felda Wilayah Raja Alias di Dataran Seri Jempo, 27 Julai. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...