Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerajaan negeri kumpul data keperluan IKS Sabah

    SANDAKAN, 31 Mac – Kementerian Pembangunan Industri Sabah sedang mengumpul data mengenai keperluan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) yang mahu meningkatkan pengeluaran produk mereka.

    Setiausaha Tetap kementerian Datuk Hashim Paijan berkata proses pengumpulan data dilaksanakan di semua daerah menerusi penganjuran bengkel bantuan, bermula di Kota Kinabalu dua minggu lepas.

    Sandakan merupakan lokasi kedua bengkel yang diadakan bagi mengenal pasti peralatan yang diperlukan usahawan IKS, katanya yang ditemui selepas Bengkel Bantuan kepada Usahawan IKS bagi Kawasan Pantai Timur, di sini hari ini.

    Katanya usahawan yang layak akan diberi geran oleh kementerian dan mereka akan membeli sendiri peralatan yang diperlukan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda