Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerajaan, NGO harus peka tentang alam sekitar

    KUALA LUMPUR, 31 Dis – Kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh memainkan peranan penting dalam membantu mewujudkan kesedaran mengenai perubahan iklim, kata Pengerusi dan Komander St John Ambulans Sarawak Datuk Seri Ang Lai Soon. Beliau berkata semua individu bertanggungjawab dalam membantu walaupun secara kecil dan di kawasan persekitaran mereka, bagi melindungi dan menjaga alam sekitar yang semakin rapuh ini.

    “Sudah tentu mereka yang lebih berkemampuan, boleh membantu dengan mendidik mereka yang lain mengenai bagaimana memelihara persekitaran dengan lebih baik sama seperti mereka menjaga diri sendiri. Kita perlu lebih prihatin ke arah kehidupan yang lebih mampan dan hanya memilih produk yang mesra alam sekitar, ia semudah menggunakan beg kertas atau beg kitar semula berbanding menggunakan plastik,” katanya dalam perutusan sempena Tahun Baru hari ini.

    Beliau berkata pembakaran hutan tidak terancang kerana perladangan dan oleh manusia yang berlaku di luar bandar dan bandar harus dihentikan agar penduduk di kebanyakan negara terutamanya di rantau ASEAN, tidak perlu menyedut udara tercemar yang diketahui boleh merosakkan kesihatan manusia dan haiwan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda