Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerajaan Sabah luluskan tambahan RM160 juta Bantuan Prihatin COVID-19

    KOTA KINABALU, 28 OKT – Kerajaan Negeri Sabah hari ini meluluskan tambahan RM160 juta bagi Bantuan Prihatin COVID-19 untuk membantu semua golongan rakyat di dalam negeri ini yang terjejas akibat pandemik itu, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

    Beliau berkata dana itu akan diagihkan menerusi pelbagai kementerian Sabah dalam bentuk bantuan kewa-ngan, dan bakal memberi manfaat kepada mereka di dalam sektor pertanian, sektor pelancongan termasuk pemandu pelancong, porter dan ketua selam; pengangkutan (teksi, bas, lori), penjaja, anak yatim dan ibu tunggal.

    “Daripada jumlah ini, RM1 juta akan disalurkan menerusi universiti-universiti bagi membantu penuntut institusi pe-ngajian tinggi yang terkesan akibat pandemik itu,” katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet negeri di sini hari ini.

    Pada 1 Okt lepas, Hajiji mengumumkan Bantuan Prihatin COVID-19 berjumlah RM50 juta untuk membantu rakyat di negeri ini.

    Sementara itu, Hajiji berkata kerajaan negeri akan menubuhkan Majlis Ekonomi Sabah untuk membincangkan langkah ke hadapan mengenai pemulihan ekonomi negeri.

    “Keahlian  majlis ini akan diumumkan tidak lama lagi dan akan terdiri daripada ketua industri, ahli perniagaan, NGO (badan bukan kerajaan) dan ahli akademik,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda