Wednesday, July 3, 2024
23 C
Brunei

    -

    Kerajaan Sabah peruntuk RM3 juta bina Masjid Ar-Rahman di Tawau

    TAWAU, 30 JUN – Kerajaan Sabah menyediakan peruntukan awal RM3 juta bagi pembinaan Masjid Ar-Rahman, Bandar Sri Indah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

    Beliau berkata pembinaan masjid ini bagi menampung keperluan penduduk kawasan itu yang berjumlah kira-kira 10,000 orang.

    “Saya berharap kerja-kerja pembinaan dapat segera dimulakan bagi memastikan masjid ini siap dibina sebagaimana dirancang dalam waktu ditetapkan,” katanya ketika menyempurnakan majlis pecah tanah Masjid Ar-Rahman Bandar Sri Indah di sini hari ini.

    Hajiji berkata masjid yang bakal dibina itu diharap akan menjadi masjid paling aktif dan berdaya saing sejajar dengan masjid-masjid sedia ada di Tawau terutama dari segi aktiviti keagamaan, kemasyarakatan serta perekonomian.

    Beliau dalam pada itu turut menzahirkan rasa terima kasih serta penghargaan kepada Anggota Parlimen Tawau Datuk Lo Su Fui serta keluarga kerana bermurah hati mewakafkan tanah seluas lima ekar untuk pembinaan Masjid Ar-Rahman, Bandar Sri Indah. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan sambung latihan artileri di sempadan

    SEOUL, 2 JULAI – Korea Selatan menyambung semula latihan artileri berhampiran sempadan dengan Korea Utara pada Selasa buat kali pertama dalam tempoh enam tahun,...