Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Kerajaan Sarawak sedia biayai penyelidikan getah

    KUCHING, 2 NOV – Kerajaan Sarawak bersedia membiayai Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak (SRDC) untuk menjalankan penyelidikan mengenai keberkesanan getah sebagai bahan pembinaan jalan di kawasan tanah gambut, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 

    Sehubungan itu, beliau berkata SRDC perlu mempertimbangkan perkara ini dan bekerjasama dengan agensi seperti Jabatan Kerja Raya untuk mengenal pasti penyelesaian terbaik masalah struktur jalan di tanah gambut terutamanya di Sibu dan Mukah.

    “Sekiranya SRDC dapat menjadikannya sebagai penyelesaian berkesan terhadap masalah ini, ia pasti akan mengubah seluruh landskap pembinaan jalan di tanah gambut terutamanya di kawasan ini (Sibu dan Mukah),” katanya ketika berucap merasmikan Simposium Penyelidikan dan Pembangunan SRDC di sini hari ini.

    Abang Johari berkata kerajaan negeri akan menyediakan sebatang jalan kepada SRDC bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

    Abang Johari berkata SRDC perlu memperkasa landskap penyelidikan dengan mempermudah program R&D di Sarawak dan di peringkat antarabangsa menerusi pelbagai disiplin kerjasama penyelidikan dalam kalangan agensi, institusi dan industri.

    “Sarawak perlu mempercepat penciptaan dan pertumbuhan ekosistem R&D bertaraf dunia yang baik, mampan dan berdaya saing,” katanya.

    SRDC menerima geran hampir RM13 juta untuk 11 organisasi termasuk universiti, agensi penyelidikan kerajaan dan perusahaan kecil dan sederhana pada 2019 dan 2022. – Bernama

    Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tiga, kanan) melawat pameran selepas perasmian simposium Sarawak Research Development Council (SRDC) 2022 kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...