Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerajaan sasar pelabuhan beralih ke biodiesel B20

    SEPANG, 29 MEI – Kerajaan menyasarkan semua pelabuhan di negara ini yang menggunakan biodiesel berasaskan sawit B10 dalam operasi mereka beralih kepada B20 pada masa akan datang, kata Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

    Beliau berkata penggunaan itu dapat membantu negara mencapai sasaran pengurangan intensiti pelepasan gas rumah kaca (GHG) berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 45 peratus menjelang 2030 serta mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

    “Pada masa akan datang, saya nak tengok setiap pelabuhan macam Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Johor dan Pelabuhan Kuantan, boleh mula guna B20.

    “Sekarang kita sedang dapatkan statistik dan dari situ iaitu statistik kita boleh kira kos operasi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Rintis Penggunaan B20 bagi Kenderaan dan Jentera Perkhidmatan Darat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

    Johari berkata kerajaan telah memulakan projek rintis penggunaan B20 tersebut di Langkawi, Labuan dan Sarawak pada 2020. – Bernama

    Datuk Seri Johari Abdul Ghani hadir pada pelancaran Projek Rintis Penggunaan B20, di Sepang, Malaysia, pada 29 Mei. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda