Saturday, February 15, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerajaan S’wak cadang dana khas biayai projek pertanian pintar

    KUCHING, 25 SEPT – Kerajaan Sarawak bercadang untuk mewujudkan satu dana khas bagi membiayai projek pertanian pintar yang berjaya dilakukan oleh pihak universiti tempatan bagi meningkatkan pengeluaran industri makanan di negeri ini.

    Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata untuk memulakan pertanian pintar ia memerlukan kos yang tinggi kerana ia melibatkan teknologi yang digunakan.

    “Mengambil contoh projek pelajar (Kolej Universiti) ICATS (institusi pengajian tinggi milik kerajaan Sarawak) bersama pensyarah mereka di Kampung Kaba (berdekatan Saratok) yang menghasilkan makanan haiwan daripada biojisim, nampaknya telah berjaya.

    “Jadi saya minta mereka kaji teknologi yang berkaitan kita ada pengeluaran teras. Pelaburan ini melibatkan dana yang banyak serta berisiko, jadi perlu ada modal teroka untuk diberikan kepada pelajar yang memilih bioteknologi sebagai karier mereka selepas tamat belajar jadi saya dan kerajaan akan cari jalan,” katanya.

    Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Bioteknologi, Pertanian Pintar, dan Keusahawanan untuk Keselamatan Makanan (BIOSFE 2023). – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda