AMMAN, Jordan, 28 Feb – Syria telah menafikan laporan-laporan yang ia menangguhkan rundingan bersama perwakilan khas PBB ke Syria, Staffan de Mistura.
Agensi berita rasmi, SANA, memetik satu sumber daripada delegasi kerajaan Syria kepada rundingan di Geneva sebagai menafikan laporan-laporan yang mengatakan penangguhan terhadap rundingan bersama de Mistura.
Delegasi Syria bagi rundingan itu mengesahkan bahawa ia sedang meneruskan rundingan itu dan tidak membuang masa dalam usaha untuk menyita apa-apa perubahan terhadap dialog tersebut, menyasarkan dalam melindungi orang-orang Syria dan menghentikan pertumpahan darah, katanya.
Dia berkata, delegasi kerajaan Syria itu akan berjumpa dengan de Mistura esok mengikut jadual. – NNN