Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerajaan Syria, pemberontak sedia berunding

    ASTANA (KAZAKHSTAN), 22 Jan – Kerajaan Syria dan para pejuang pemberontak esok, 23 Januari akan mengadakan rundingan buat pertama kali dalam tempoh hampir enam tahun peperangan, gesaan diplomatik terkini untuk menamatkan persengketaan.

    Diadakan di bandar Kazakhstan, Astana, rundingan akan menyaksikan delegasi pihak penentang yang secara eksklusif terdiri daripada kumpulan pemberontak yang berunding dengan rejim Bashar al-Assad dalam usaha yang ditaja oleh penyokong pemberontak, Turki dan sekutu rejim, Rusia dan Iran.

    Meskipun rundingan disambut baik oleh semua pihak dalam konflik, para delegasi dari kedua belah pihak menuju Kazakhstan dengan idea-idea menentang mengenai matlamatnya, dengan Assad pada Khamis lalu menggesa para pemberontak meletak senjata mereka dalam pertukaran bagi perjanjian pengampunan.

    Meskipun Assad berkata rundingan akan mengutamakan mencapai gencatan senjata, Damsyik menegaskan ia akan berusaha bagi penyelesaian politik ‘menyeluruh’ kepada konflik itu yang telah mengorbankan lebih 300,000 dan lebih separuh penduduk negara berpindah tempat.

    Sementara itu pihak pemberontak menyatakan mereka akan hanya menumpu pada mengukuhkan gencatan senjata seluruh negara yang rapuh yang mana Moscow dan Ankara telah menjadi pihak perantaranya bulan lalu.

    Meja rundingan yang akan digunakan oleh pihak kerajaan Syria dan pemberontak pada rundingan di Kazakhstan hari ini. - AFP
    Meja rundingan yang akan digunakan oleh pihak kerajaan Syria dan pemberontak pada rundingan di Kazakhstan hari ini. – AFP

    Minggu ini Moscow berkata matlamat adalah untuk ‘mengukuhkan’ gencatan senjata dan untuk melibatkan pemerintah lapangan pemberontak dalam ‘proses politik’ untuk menamatkan pertumpahan darah, membentuk asas bagi pusingan baru rundingan yang diadakan oleh PBB di Geneva bulan depan.

    Duta Syria ke PBB, Bashar al-Jaafari, seorang perunding berpengalaman yang terlibat dalam rundingan gagal lalu di Geneva akan mengetuai delegasi rejim di Astana.

    Utusan damai PBB bagi Syria, Staffan de Mistura akan juga hadir, bersama-sama wakil Rusia, Turki dan Iran.

    Mohammad Alloush dari kumpulan pemberontak Jaish al-islam (Tentera Islam) yang saudara sepupunya, iaitu pemerintah pemberontak Zahran Alloush telah terbunuh dalam serangan udara yang mana pihak rejim mengaku melancarkannya pada Disember 2015, akan mengetuai ‘delegasi tentera’ yang seramai lapan orang.

    Mereka akan dibantu oleh sembilan penasihat undang-undang dan politik dari kumpulan penaung pembangkang Jawatankuasa Tertinggi Rundingan (HNC).

    Namun kumpulan pemberontak utama, Ahrar al-Sham berkata ia tidak akan mengendahkan rundingan Astana ekoran pencabulan gencatan senjata dan serangan udara Rusia yang sedang dilancarkan di negara itu. – NNN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda