Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Kerajaan terus berusaha atasi isu pengangguran

    Oleh Nudiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MAC – Seperti yang dimaklumi, isu pekerjaan, pengangguran dan kemiskinan adalah sinonim juga dengan isu pertumbuhan ekonomi dan jika ekonomi berkembang de-ngan baik dan maju, pertumbuhan yang menggalakkan dan pesat, sudah setentunya ia akan menghasilkan banyak peluang-peluang pekerjaan dalam semua peringkat dan sektor.

    Hal ini sedikit sebanyak akan mengurangkan jumlah rakyat dan penduduk yang berada dalam kategori kemiskinan.

    Namun demikian, isu ini juga memerlukan penelitian yang komprehensif kepada faktor-faktor yang penyebab lain yang berkaitan, yang antara lainnya termasuk seperti budaya hidup, budaya kerja, dasar perumahan, dasar pendidikan, dasar buruh dan gaji minima, dasar perbankan, kebajikan dan sistem rangkaian keselamatan negara, jati diri, mindset dan lain-lain.

    Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abd Rahman bin Haji Ibrahim telah menekankan perkara berkenaan semasa berlangsungnya hari ke-12 Persidangan MMN di Bangunan Dewan Majlis, kelmarin.

    Dengan memfokuskan salah satu perkara dalam persidangan berkenaan iaitu tentang 3P, iaitu pekerjaan, pengangguran dan pembasmian kemiskinan yang mana ini adalah berkaitan dengan social blueprint yang diterajui oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin sekali gus memohon pencerahan mengenai way-forward dan tindakan-tindakan yang telah, sedang dan yang akan dilaksanakan oleh agensi-agensi yang berkepentingan dalam menangani isu ini secara holistik.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew semasa Persidangan berkenaan. – GAMBAR OLEH INFOFOTO

    Sehubungan itu, bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Pehin tersebut, Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, menjelaskan mengenai usaha Majlis Perancangan Tenaga Manusia dan Pekerjaan (MPEC) bahawa apa yang penting kita melihat, adakah kerajaan terus mengusahakan untuk mengatasi isu pengangguran ini atau sebaliknya, maka dalam hal ini kita perlu melihat kepada statistik dalam beberapa tahun yang kebelakangan ini di mana ia menunjukkan kadar ini semakin menurun.

    “Jadi inilah, kalau sekiranya ada ibu bapa atau pencari kerja masih rasanya mungkin tidak termasuk radar, boleh mendaftar dirinya dengan JobCentre Brunei ataupun berjumpa kepada MPEC.

    “Pada masa ini, fasiliti-fasiliti di MPEC termasuk JobCentre Brunei pun telah disediakan supaya mudah orang ramai yang mengunjungi ke JobCentre Brunei ataupun MPEC sama-sama mengongsikan maklumat dan sebagainya,” ujar Yang Berhormat Dato.

    Yang Berhormat Dato antaranya menjelaskan lagi sememangnya sebelum ini telah diiklankan dalam surat akhbar ataupun Instagram dan sebagainya, maka dalam hal ini mustahil sekiranya para pencari kerja yang serius akan terlepas iklan yang dikongsikan dengan orang ramai itu.

    Di samping itu, Yang Berhormat Dato, turut mengongsikan bahawa pada masa ini terdapat beberapa komiti ditubuhkan untuk memikirkan kemungkinan ada sebahagian pekerjaan itu boleh diganti oleh anak-anak tempatan seperti pembinaan, perakaunan dan sebagainya.

    Di kesempatan itu, Yang Berhormat Dato juga mengongsikan ada beberapa program pembangunan tenaga manusia yang sedang dijalankan oleh MPEC seperti Skill Plus, SPIN in Accountancy dan sebagainya.

    Namun, apabila dilihat dari statistik ada sebahagian pekerja ini tidak tahan lama iaitu ada yang hanya bekerja selama tiga bulan, kemudian berhenti dan sebagainya, tambahnya.

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Persatuan Pediatrik Brunei anjur sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Persatuan Pediatrik...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    3 pelajar ke Jepun dalami pengajaran bencana tsunami

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov- Sekumpulan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...