Friday, December 1, 2023
24.9 C
Brunei

    -

    Kerajaan terus pertingkat keselamatan di ESSZone

    TAWAU, 8 SEPT – Kerajaan akan terus mempertingkat keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) sejajar kesungguhan kerajaan untuk menjaga kedaulatan negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

    Beliau berkata atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan akan terus memberi tumpuan yang tinggi di kawasan itu bagi menjamin keselamatan rakyat di Sabah pada setiap masa.

    “Kita faham juga apabila ada berita-berita yang mungkin menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat yang mencari rezeki, yang berniaga, yang menjalankan aktiviti harian maka soal keselamatan (adalah) perkara yang paling penting.

    “Pasukan komunikasi dikehendaki membuat liputan sepenuhnya perkara (berkaitan usaha keselamatan) yang sedang berjalan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan watikah pelantikan Pengerusi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di sini hari ini.

    Pada majlis itu, seramai 23 individu menerima watikah pelantikan sebagai Pengerusi PEDi bagi zon 6 yang melibatkan Parlimen Lahad Datu, Semporna, Tawau dan Kalabakan.

    Annuar, yang dalam lawatan kerja tiga hari ke Sabah bermula hari ini, berkata beliau juga akan berpeluang menyaksikan secara dekat operasi keselamatan melibatkan kawasan kepulauan. – Bernama

    Sri Annuar Musa (dua, kiri) menyerahkan Peranti Komuniti kepada Pengerusi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Zon Tungku Nazuanray Nuroddin pada majlis penyerahan watikah pelantikan PEDi dan penyerahan peranti komuniti kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...