Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    ‘Kerajaan tidak campur tangan’

    PUTRAJAYA, 2 FEB – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinannya tidak mencampuri urusan badan siasatan dan penguatkuasaan termasuk dalam siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Bersatu.

    Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sini hari ini, beliau menegaskan bahawa badan siasatan dan penguatkuasaan serta kehakiman kekal bebas untuk menjalankan siasatan masing-masing.

    Anwar berkata adalah tidak bertanggungjawab bagi parti pembangkang untuk membuat tuduhan terhadap Kerajaan Perpaduan berhubung isu tersebut.

    “Kita tidak ulangi sikap menekan seperti dilakukan dan kita tidak gunakan badan-badan (siasatan dan penguatkuasaan) ini,” katanya.

    Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin semalam dilaporkan berkata parti itu melahirkan rasa kesal terhadap tindak-tanduk kerajaan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional yang menjadikan agensi di bawah pemerintahannya sebagai alat untuk mencapai matlamat politik mereka.

    Anwar (tengah) pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra kelmarin. – Bernama

    Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan mengesahkan SPRM telah membekukan akaun milik Bersatu bagi tujuan membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram.

    Mengenai siasatan terhadap Bersatu, Perdana Menteri berkata terdapat laporan dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPRM tentang penggunaan wang oleh parti itu.

    Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan telah mendapati wujud projek-projek tanpa tender yang menelan belanja terlalu tinggi sewaktu negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

    Memberi contoh projek di bawah Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (JanaWibawa) dan tebatan banjir, Anwar berkata beliau mendapati kos projek itu adalah terlalu tinggi.

    Projek JanaWibawa diperkenal bagi mempercepatkan pelaksanaan projek untuk merancakkan ekonomi negara semasa dan pascapandemik COVID-19.

    Anwar berkata pimpinan Bersatu perlu menjelaskan bagaimana wang lebih RM300 juta boleh diperoleh oleh parti itu dalam masa yang singkat. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...