Sunday, October 27, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerana anjing, jiran bergaduh

    NEW DELHI, 18 OGOS – Dua maut manakala enam lagi cedera selepas seorang lelaki melepaskan tembakan ke arah orang ramai di luar rumahnya ekoran pertengkaran yang dipercayai berpunca daripada isu anjing peliharaan, di Madhya Pradesh di India, kata polis hari ini.

    Insiden itu berlaku kelmarin di Koloni Krishna Bagh di daerah Indore, kira-kira 188 kilometer barat Bhopal, ibu negeri Madhya Pradesh.

    Polis telah menahan tertuduh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah bank dan merampas senapang yang digunakannya.

    Menurut polis, tertuduh dan jirannya sedang berjalan dengan anjing mereka di kawasan kejiranan pada pukul 11 malam.

    Tiba-tiba dua ekor anjing itu bergaduh yang kemudian mencetuskan pertengkaran antara dua orang pemilik haiwan itu.

    “Kami dapati mereka tidak ada isu permusuhan antara jiran sebelum ini selain hanya disebabkan isu anjing bergaduh itu sahaja,” kata pegawai kanan polis, Amrendra Singh.

    Beliau berkata, “polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu”. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda