Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerana cinta, nyawa SRK hampir melayang

    Shah Rukh Khan (SRK) dan Gauri Khan sering dianggap sebagai power couple Bollywood. Mereka telah berkahwin pada tahun 1991 dan sejak daripada itu, kisah cinta mereka telah memberi inspirasi kepada ramai orang.

    Walau bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak lengkap tanpa sebarang cabaran.

    Keluarga Gauri, terutamanya abangnya, Vikrant Chibber, menentang sekeras-kerasnya hubungan pasangan ini.

    Memetik laporan Murai.My, dalam sebuah temu bual lama bersama Kapil Sharma, SRK berkongsi kisah yang agak lucu baginya, mengenai interaksi awal antara dirinya dan Vikrant, yang akhirnya menjadi lebih tegang.

    Mengimbas semula momen itu, SRK menceritakan bagaimana Vikrant telah menjadi penghalang terbesar dalam mendapatkan cinta Gauri. Bukan itu sahaja, Vikrant juga kerap memberi amaran kepadanya dengan tegas.

    SRK juga menceritakan bagaimana Vikrant sentiasa melihat dirinya sebagai satu ancaman yang ‘ganas’ untuk Gauri. Malah pelakon itu juga pernah mendapat amaran yang melibatkan nyawanya daripada lelaki itu.

    Dia turut berkongsi bagaimana abang Gauri sering mengugutnya dengan kekerasan fizikal, tetapi SRK hanya mengangguk dan tersenyum, tidak membiarkan ugutan itu menghalangnya daripada mendapatkan Gauri. – Agensi

    Kisah cinta SRK dan Gauri telah memberi inspirasi kepada ramai orang. – lifestyleasia.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda