Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerana Dandelion

    “WAHHH! Akhirnya tamat jugak paper miss Rozana. Harap-harap tak kena repeat la,” Ainol menjerit kegembiraan seraya mengeluh risau.

    “Gembira tu gembira jugak. Cuti sem ni tiga bulan lama tu. Mesti boring je dekat rumah. Tak ada buat apa-apa. Korang ada cadangan tak?” Haikal memulakan pertanyaan. “Haa! Kita pergi memancing nak?”

    “Rin,kau memancing la sorang-sorang. Tak seronok langsung. Ray,kau tak ada apa-apa cadangan ke?”

    “Urmm.. Uncle aku pengusaha resort. Apa kata aku bincang dulu dengan uncle aku. Pape hal aku contact korang. Macam mana, okey?” Ray menyuarakan pendapat. Lisa yang sedari tadi senyap tiba-tiba bersorak kononnya setuju dengan cadangan Ray telah mengundang tawa mereka berempat. Lisa tersengih.

    Rin dan Lisa berkongsi bilik kerana masing-masing penakut yang amat. Ainol pula terpaksa berseorangan walhal dia pun sama sahaja dengan kawannya yang lain. Namun dia tidak menunjukkan perasaan itu. Dia harus memberanikan diri. Sedang asyik Lisa mengambil angin di resort dia terpandang seorang jejaka yang sedang tersenyum ke arahnya sambil mengenyitkan mata. Lisa tersipu-sipu. Alangkah terkejutnya Lisa apabila terpandang renungan tajam Ainol ketika dia berpaling. Cepat-cepat dia beristighfar. “Kamu ni kenapa Ainol? Terkejut tahu tak! Astaghfirullahal’azim…” Ainol tidak mahu melayan Lisa tapi dia terus keluar daripada bilik dan mengambil angin pantai seperti yang dijanjikan Ray dan yang lain.

    Setelah makan malam mereka membuat unggun api di tepi pantai. Ainol tidak senang duduk apabila dia perasankan mata Reza yang dari tadi asyik memandangnya. Reza yang menyedari perbuatannya itu mula meminta maaf, “Maaf. Saya tahu awak tak selesa. Cuma muka awak saya pernah tengok. Persis kawan lama saya,” Ainol mengangguk faham.

    “Ehem. Kalau nak mengorat t tu terus terang la Reza,” ujar Ray yang menimbulkan gelak tawa yang lain. “Aku ada cerita ni. Korang nak dengar tak? Cerita hantuuuu,”Haikal mulakan perangainya. “Cerita jelah. Aku tak takut pun. Lagipun aku tidur berteman. Lainlah Ainol,” Rin tersengih. “Eleh,tak takut pun. Aku berani apa. Lagipun cerita Haikal bukannya takut sangat. Macam budak-budak.”

    “Oit! Apa ni? Tak nak cerita la macam ni,”

    “Wei,takkan nak merajuk kot. Chill la beb,” Reza memujuk sambil tertawa. “Okey. Cerita aku ni berkisar resort ni. Hehehe..Pada suatu hari..” Bukk! Bahu Haikal ditumbuk lembut. “Kau tak ada cerita lain ke?” Lisa membantah. “Dengar je lah. Bukan senang nak dengar aku cerita tau. Ceritanya mula-mula macam ni. Dulu ada seorang gadis yang cantik sangat. Dia sukakan bunga Dandelion. Apabila dia datang ke resort ni dia terus bertanyakan bilik Dandelion sedangkan dia tidak tahu pun ada bilik tu kat resort ni,” Haikal berhenti sekejap mengambil angin.

    “Erk..kenapa kau cerita pasal bilik kitorang lak?”Rin mencelah. Belum sempat Rin berkata lagi Ainol menyuruhnya senyap. Dia tertarik dengan cerita Haikal. Begitu juga Reza dan lain-lain. “Ehem-ehem. Aku sambung ya? Gadis tu nama dia Ainin. Sepanjang dia berada di resort ni dia berkenalan dengan seorang pemuda yang dua tahun lagi tua daripadanya nama dia Adam. Mereka berkawan mesra sehingga ada yang cemburu hubungan mereka berdua. Ramai yang ingat mereka berdua sedang bercinta. Hinggakan suatu hari ada mamat nama Faruq cuba mendekati Ainin. Dia sering ganggu Ainin. Katanya dia sukakan Ainin tapi Ainin tidak sukakan Faruq tapi dia sukakan Adam walaupun Adam hanya anggap dia sebagai kawan,” Haikal terkedu apabila melihat Reza dan Ainol yang merenung tajam ke arahnya.

    Pagi itu mereka berlima ternganga melihat perubahan pada diri Ainol. Padanlah dia menyuruh Rin dan Lisa turun dulu. Rupanya inilah perubahan drastik Ainol. “Maafkan saya, saudari ni siapa?” pertanyaan Haikal mendapat ketukan di kepalanya daripada Lisa. Ainol ketawa lalu membalas, “Ni Ainol la. Masakan tak percaya.”

    “Cantik la. Kenapa tiba-tiba je kau nak pakai tudung ni?” giliran Ray pula bertanya. “Entah. Baru dapat hidayah kot.”

    “Benda macam ni tak boleh bawa main. Hari ni bertudung litup esok macam tak cukup kain,” Reza menyampuk. “Hey, mulut tu jaga sikit ek. Jangan sesedap kau je nak kutuk orang,” Reza mengalihkan pandangan. Ainol berjalan pantas melintasi yang lain. Mereka semua memandang Reza yang hanya menjungkit bahu.

    Sekali lagi Ainol tidak dapat melelapkan mata. Dia asyik bermimpi kakaknya meminta tolong. Kerap kali dia bermimpi akan arwah kakaknya. Dia membuka diari Ainin. Kenapa dia tidak perasan sebelum ni? Coretan diari Ainin seperti yang diceritakan oleh Haikal. Ya. Dia perlu dapatkan sumber daripada Haikal. Pasti seseorang yang menceritakan kepada Haikal.

    Rin gelisah. Dia terdengar sesuatu yang bergegar. Gegaran kecil yang mampu mengejutkan dia dari lena. Dia turun dari katil. Dilihat katilnya tertimbul satu butiran kecil. Saat tangannya ingin menyentuh dia dikejutkan dengan suara Lisa yang mengigau. Dia berpaling semula ke katil namun butiran itu sudah tiada.

    “Haikal! Aku tanya kau jawab betul-betul.”

    “Erk,kenapa ni Ainol. Kau nak tanya apa?”

    “Daripada mana kau dapat sumber yang kau cerita malam tu?”soalan Ainol itu membuatkan Reza turut berpaling. “Sebenarnya. Masa aku tengah ambil angin kat pantai ada seseorang tegur aku. Dia yang cerita kat aku sambil ketawa. Seram gila. Katanya nama dia Amir. Kenapa Ainol? Cerita tu betul ke?” Haikal pula menyoal. “Tak ada pape. Cuma kalau kau cerita mesti ada sumber kan. Okeylah,aku nak ke pantai jap.”

    Mereka menghantar Ainol dengan pandangan mata. Mata Ray beralih kepada Rin yang kelihatan pucat. Selalunya Rin yang banyak cakap. “Rin, kamu ni pula kenapa?” Rin memanggung kepala. “Ak…aku rasa cerita Haikal betul la.”

    “Apa?!” semua terjerit kecuali Reza. Dia sudah berpeluh dengan kenyataan Haikal. “Aku mesti ikut dia.’

    Faruq tersenyum melihat Ainol menuju ke arahnya. Hatinya berbunga-bunga seperti Ainin menerima cintanya. Ainol memberi senyuman menggoda. Sengaja ingin memancing Faruq. “Hai. Awak dah lama tunggu? Mesti penat.”

    “Tak adalah. Tunggu orang secantik awak mana mungkin letih,” Faruq berkata manis. “Awak pernah cakap saya seperti Ainin. Siapa dia tu? Saya..cemburu,” Ainol memulakan permainannya. “Ainin? Saya pernah sukakan dia. Tapi dia tolak. Dia kata dia sukakan Adam. Dia permainkan saya. Saya benci dia, jadi saya bunuh dia. Awak sayangkan saya kan?” Ainol hanya mengangguk berserta dengan senyuman yang kelat. ‘Permainan ini akan tamat tidak lama lagi. Kau gila Faruq!’ hati Ainol berbisik. Ainol ingin bertanya lebih lanjut namun tangannya telah disentap oleh seseorang. Reza!

    “Ainol! Apa semua ni? Siapa dia ni?” tanya Faruq berang. “Aku boyfriend dia. Kau jangan nak ganggu dia lagi. Faham!” dengan selamba Reza menarik Ainol berlalu jauh daripada Faruq. “Kau sama macam Ainin! Aku akan pastikan hayat kau sama macam Ainin,” kata Faruq setelah mereka berdua pergi dengan menggenggam penumbuk. “Lepaskan aku la!” Ainol merentap tangannya daripada Reza. “Kau dah gila ke? Kau tak kenal siapa Faruq. Kau percaya cakap si Haikal tu?”

    “Ya. Aku percaya seratus peratus cerita Haikal. Sebab yang ceritakan ialah Faruq Amir! Faruq! Si pembunuh! Ainin tu kakak aku. Faham?” balas Ainol dengan tersedu-sedu. Reza terkejut. “Ma..maksudnya kau adik Ainin Mardhia? Patutla,”

    “Patutla apa? Kau kenal kakak aku?” tanya Ainol dengan dahi yang berkerut. Reza tersenyum. “Patutla aku macam pernah tengok kau. Kau pernah datang sini. Kau terjerit-jerit nak cari pembunuh kakak kau kan? Aku tahu sebab aku yang bagikan kau diari Ainin,” ujar Reza perlahan.

    “Jadi,awaklah Adam Reza? Awak punca kakak aku kena bunuh. Awak..” Ainol tidak meneruskan kerana terlalu sedih. “Tolong kakak Ainol. Tolong cari pembunuh tu. Tolong kakak Ainol,” Ainol terjaga. Berpeluh-peluh apabila bermimpikan Faruq bersama pisau yang seakan-akan ingin membunuhnya. Dia bangun menyarungkan sweater dan tudung lalu keluar daripada bilik Dandelion. ‘Perkara ni harus diselesaikan malam ni juga.’ Ainol bertekad. Ainol menuju ke arah pondok di mana Faruq sentiasa lepak. Ainol memberanikan diri kerana tempat itu sunyi jarang orang lalu.

    “Kenapa datang ke sini? Kau dah permainkan aku. Hey,apa yang ada pada Adam sampaikan kau sukakan dia?” tanya Faruq kasar lalu menarik tangan Ainol. “Aku datang cuma nak tanya awak. Ainin pernah cakap ke dia cintakan awak? Awak tak ada hak nak bunuh dia!” Faruq bertindak lebih kasar. Dia mula mencabut tudung yang dipakai oleh Ainol lalu dicengkam rambutnya. “Hey! Dia cintakan aku atau tak kau tak perlu tahu. Yang penting dia milik aku bukan Adam!” Ainol ditolak hingga jatuh ke tanah.

    Reza berasa tidak sedap hati. Dia bangun lantas ke bilik Dandelion. Dia masih ingat mayat Ainin ditemui tiga hari kemudian gara-gara bilik itu dipagarkan oleh Faruq. Betapa kejamnya. Reza yang ketika itu musykil dengan kehilangan Ainin terus menyemak bilik yang dinginap dengan serta merta bilik itu kelihatan jelas. Reza mengetuk pintu bilik Dandelion. Lisa yang membuka pintu terkejut akan kehadiran Reza yang tiba-tiba.

    Mereka terkejut apabila Ainol tiada di biliknya. Reza mula panik. Reza menyuruh Lisa telefon polis sementara itu dia mencari Ainol. “Arghh! Kau memang degil Ainol,” Reza menjerit kegeraman.

    Faruq ketawa berdekah-dekah. “Mana kau nak lari Ainin? Lari jumpa kekasih lama?” Ainol menggelengkan kepala sambil mengengsotkan badannya. “Kau dah gila Faruq! Kau gila!,” Ainol menangis ketakutan. “Ainin sayang, janganlah nangis. Nanti abang bawa pergi jalan-jalan ek?” Faruq ketawa lagi sambil bermain-main dengan pisau di muka Ainol. “Bukan. Dia bukan Ainin! Dia cuma kembar Ainin, Faruq,”

    “Tidak! Dia Ainin aku, dia Ainin!” Ainol semakin takut melihat Faruq bercakap dengan dirinya sendiri sambil memegang kepala. Dia mengambil keputusan untuk melarikan diri. “Mana kau nak lari?” Faruq menjerkah. Ainol berlari sekuat hati. Namun tidak terlalu laju kerana dibebani kepalanya yang sakit akibat dihantuk oleh Faruq. Ainol rebah apabila kakinya tersadung. Faruq ketawa apabila melihat lawannya jatuh tersungkur.

    “Erm,kenapa susah sangat kau nak mati hah? Dulu aku bunuh kau senang je. Aku potong-potong badan kau dan buang merata-rata,” ujar Faruq ketawa geli hati melihat air mata Ainol yang semakin laju. “Hentikan Faruq! Bukan dia yang kau nak,” Ainol berpaling ke arah suara tersebut. Reza! “Kau terlalu memusuhi aku Faruq. Sampaikan orang yang dekat dengan aku kau nak bunuh? Amir abang kau. Kau bunuh abang kau sendiri gara-gara aku rapat dengan abang kau. Aku diamkan. Tapi sekarang aku tak boleh berdiam Faruq. Sebab kau dah bunuh Ainin kawan aku. Sekarang kau nak bunuh Ainol? Orang yang aku sayang,” Kata-kata Reza membuatkan Ainol terkedu. Betulkah apa yang dia dengar? Pisau di tangan Faruq terlepas. Faruq mengerang smabil memegang kepalanya.

    “Faruq, kau bukan pembunuh.”

    “Kau pembunuh! Kau bunuh abang kau!” sekali lagi Faruq berbicara dengan dirinya sendiri. Melihatkan keadaan itu Reza terus mendapatkan Ainol yang lemah. Faruq terkejut lalu menghalakan pisau ke arah Reza.

    “Jangan bergerak! Letakkan senjata,” pisau di tangan Faruq yang berlumuran darah sekali lagi terlepas. “A..apa yang dah aku buat. Ainin maafkan aku Ainin. Aku tak sengaja. Aku nak bunuh dia!” sebelum Faruq berbuat apa-apa polis segera mendapatkan Faruq. “Ainol.. bangun Ainol. Jangan tinggalkan aku,” Reza menangis apabila melihat darah yang membuak-buak keluar daripada perut dan mulut Ainol.

    “Assalamualaikum, Ainooooool. Rindunya aku kat kau. Dah seminggu kau koma tahu tak?” serang Rin. Ainol ketawa kecil, “waalaikumssalam. Korang sihat tak?”

    “Aku tak ada selera nak makan la Ainol. Sebab tak ada siapa nak dengar cerita aku,” Haikal mula memuncung. “Buruk betul la kau ni Haikal. Kau buat macam ni aku tak nak dekat kau,” Lisa mencelah.

    “Eh,dalam seminggu ni ada cerita yang aku tak tahu ke?” Ainol mengerutkan dahi. Ray memberi isyarat kepada Rin suruh menerangkan semuanya. “Kalau kau nak tahu Haikal dengan Lisa ni sedang bercinta. Kecoh je. Hah! Satu lagi. Kau tahu tak aku pernah kena ganggu masa kita dekat Dandelion dulu. Ada benda bergerak-gerak dalam tilam tu. Lepas dengar cerita kau. Aku musykil jadi aku berani pergi tanya dekat Faruq dekat mana anggota badan arwah Ainin dia sorok. Pastu dia cakap la dekat tilam tu dia tebuk letak tangan mayat tu.” Ainol mengeluh mengingatkan arwah kakaknya yang mati tidak sempurna.

    Pintu wad dibuka dari luar. Masing-masing terkejut dan senyum-senyum lalu meminta izin untuk keluar. “Awak macam mana?” tanya Reza. “Alhamdulillah. Masih hidup.”

    “Saya nak minta maaf dekat awak. Disebabkan saya awak jadi macam ni.”

    “Saya dah lama maafkan awak Adam Reza. Saya..erk.nak tanya ni. Apa maksud awak pada malam tu? Maksud saya..” Reza tersenyum. “Memang saya sayang awak. Saya mula sayangkan awak sejak saya bagi awak diari arwah Ainin lagi. Barulah saya faham apa maksud Ainin suruh saya jaga adik dia. Sebab dia terlalu degil.”

    “Eee…mana ada. Saya cuma nak balas dendam je.” “Iyalah. Balas dendam. Tapi tak reti-reti nak berfikir dulu sebelum bertindak. Mujurlah saya suruh Lisa pergi report polis dulu,” Ainol terdiam. Dia akui dia memang degil. “Ainol. Sudikah awak menjadi teman hidup saya? Kalau awak tak terima pun saya dah hantar rombongan meminang. Minggu depan bertunang.”

    “Apa ni? Main kotor. Tak aci.”

    Reza ketawa senang. Tanpa mereka sedar mereka sedang diperhatikan oleh seseorang. “Semoga bahagia Ainol, Reza.” Pemuda itu berlalu sambil diawasi polis.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda