Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerana dikongkong, ibu saudara ditumbuk hingga mati

    IPOH, 11 NOV – Punca kematian seorang wanita yang mayatnya ditemukan dalam keadaan membusuk di sebuah rumah di Taman Puteri Lindungan Bintang di Ipoh, semalam dipercayai akibat ditumbuk berkali-kali oleh anak saudaranya yang hilang sabar kerana dikatakan sering dikongkong wanita itu.

    Pemangku Ketua Polis Perak, DCP Zulkafli Sariaat berkata ia hasil soal siasat pihaknya ke atas lelaki berusia 21 tahun itu yang turut dipercayai mengurung mangsa.

    “Suspek dikatakan menumbuk mangsa berkali-kali sehingga terjatuh tangga, dan telah mengurung wanita itu selama empat hari di sebuah bilik di rumah berkenaan.

    “Bagaimanapun kejadian itu terbongkar apabila adik mangsa mencari wanita berkenaan, selepas beberapa hari wanita itu tidak kelihatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di Ipoh hari ini.

    Semalam Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata polis telah menahan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan bunuh. – Bernama

    Menurut Timbalan Ketua Polis Perak, DCP Zulkafli Sariaat, suspek menumbuk mangsa berkali-kali sehingga terjatuh tangga, dan setelah itu mengurungnya selama empat hari di sebuah bilik. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda