Friday, March 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerana kecewa badan cucu dicucuk 26 jarum

    BEIJING, 8/9 Sept 2007 – Doktor menemui 26 batang jarum yang tertanam dalam badan seorang wanita di China, yang dipercayai dimasukkan tidak lama selepas dia dilahirkan oleh nenek dan datuknya yang kecewa bahawa dia bukan anak lelaki, lapor media kerajaan.

    Jarum jahit itu dikesan menerusia X-ray selepas Luo Culfen, 29, pergi ke hospital di wilayah Yunan mengadu air kencingnya mengandungi darah.

    Doktor bercadang menjalankan pembedahan untuk membuang sebanyak jarum yang mereka mampu, tetapi berdepan dengan ‘masalah besar’ kerana imej menunjukkan beberapa jarum telah menembusi organ penting termasuk paru-paru, hati, pundi kencing, usus kecil dan buah pinggang.

    Jarum ditemui di kepala, leher dan bahunya, dan sebatang jarum dalam otaknya telah patah tiga,” menurut akhbar itu lagi.

    “Nenek dan datuknya disyaki melakukannya kerana mereka menginginkan anak lelaki, tetapi memandangkan mereka telah meninggal dunia maka tidak ada bukti untuk itu,” menurut laporan itu lagi.

    Luo, yang berasal dari masyarakat petani miskin, berkata dua batang jarum telah dikeluarkan oleh doktor ketika dia masih kecil. Tetapi tidak mengalami masalah kesihatan sehinggalah dia melahirkan anak baru-baru ini.

    Disebabkan kesukaran mengeluarkan jarum-jarum lain, hospital itu telah menubuhkan pasukan doktor yang terdiri daripada 16 orang kesemuanya, mengadakan perbincangan sebelum pembedahan.

    “Mengeluarkan jarum itu seperti mengorek jarum dalam lautan,” menurut kenyataan salah seorang doktor.

    “Tetapi jika kami tidak menjalankan pembedahan, nyawanya juga terancam.”

    Di bawah dasar perancangan keluarga ‘seorang anak’, biasanya kecenderungan untuk anak lelaki adalah kelaziman di kawasan luar bandar yang miskin dan laporan pengguguran janin perempuan dan pembunuhan anak damit yang baru lahir adalah perkara biasa.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda