Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kerana marah, wajah dilumuri najis haiwan

    BERLIN, 14 FEB – Wajah seorang pengkritik akhbar Jerman dilumuri najis haiwan di bandar Hanover oleh pengarah balet yang nampaknya tersinggung dengan ulasan yang ditulisnya.

    Rumah opera negeri Hanover meminta maaf atas kejadian itu dan berkata semalam ia telah menggantung pengarah balet, Marco Goecke berkuat kuasa hari ini.

    Akhbar Frankfurter Allgemeine Zeitung melaporkan Goecke berjumpa dengan pengkritik tarian, Wiebke Huester, semasa waktu rehat persembahan di rumah opera Hanover pada Sabtu dan bertanyakan apa yang dilakukannya di sana. Menurut akhbar, kedua-duanya tidak mengenali antara satu sama lain.

    Akhbar berkata Goecke, yang tersinggung dengan ulasan yang ditulis Huester mengenai pertunjukan yang dipentaskan di bangunan kerajaan Belanda, The Hague, mengugut akan melarangnya daripada persembahan balet dan menuduhnya bertanggungjawab terhadap penonton yang membatalkan tiket di Hanover.

    Dia seterusnya mengeluarkan beg kertas berisi najis haiwan dan melumuri wajah Huester sebelum melarikan diri menerusi foyer teater, kata akhbar. Huester mengenal pasti kandungan beg sebagai najis anjing dan berkata dia telah memfailkan aduan jenayah, lapor agensi berita Jerman, dpa.

    Goecke telah diberikan beberapa hari untuk meminta maaf dan memberi penjelasan kepada pengurusan teater ‘sebelum langkah seterusnya diumumkan,’ tambahnya. – AP

    Seorang jurukamera merakamkan gambar di Opera Negeri di Hanover, Jerman pada 13 Februari 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...