Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    ‘Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’

    Semenjak penularan wabak COVID di negara ini, perkhidmatan penghantar atau runner semakin berkembang bak cendawan yang tumbuh selepas hujan.

    Kehadiran para penghantar ini memudahkan orang awam untuk mendapatkan barangan yang diperlukan dari barangan keperluan rumah hinggalah kotak-kotak bungkusan pos semasa perintah teranah di rumah demi mengurangkan jangkitan. Meskipun negara kita sudah melonggarkan sekatan terhadap langkah-langkah pencegahan wabak, perkhidmatan penghantar masih relevan kerana murah, mudah dan cepat.

    Bagaimanapun sikap telus dipraktikkan para penghantar di negara ini. Saya sebagai salah seorang penghantar begitu kecewa dengan sikap sesetengah penghantar yang tidak jujur menjalankan perkhidmatan mereka.

    Ia ibaratkan ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’ kerana kesalahan segelintir penghantar yang tidak bertanggungjawab ini mengakibatkan para penghantar lain turut terjejas. Baru-baru ini, saya mendapat makluman bahawa seorang penghantar tidak menjalankan perkhidmatannya dengan telus. Mengikut maklumat itu, penghantar itu tidak menghantar bungkusan pelanggan dan memberikan pelbagai alasan.

    Kenapa begitu? Ia bukan sahaja menjejaskan namanya sendiri malahan turut terkait adalah penghantar lain seperti saya. Ini kerana beberapa orang pelanggan tetap saya agak curiga dengan perkhidmatan penghantaran yang saya jalankan.

    Meskipun sudah bertahun-tahun menjalankan perniagaan ini, masih ada pelanggan saya yang bertanya, ‘boleh dipercayaikah kita ani?’ ‘trusted runnerkah?’ dan paling menyedihkan lagi satu pesanan ini, ‘kamu semua runner sama saja penipu dan pencuri’.

    Hanya kerana sesetengah penghantar melakukan onar, saya dan segelintir lagi penghantar dipandang sinis oleh masyarakat.

    Saya maklum pihak relevan mengesyorkan permohonan untuk menjalankan perkhidmatan penghantaran ini, namun kerana mereka yang tidak berdaftar secara sah, kami jadi mangsanya.

    Sehubungan itu diharap pihak relevan mengetatkan lagi syarat-syarat bagi mereka yang hendak menjalankan perkhidmatan penghantaran ini. Jika ada yang tidak berdaftar haruslah dikenakan denda yang setimpalnya.

    Aku Runner

    Perkhidatan penghantaran atau runner semakin berkembang di negara kita semenjak penularan wabak COVID.

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    Penerbangan carter Brunei-Hainan dilancar semula

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV...

    Makluman latihan kecemasan di lapangan terbang

    Oleh Sim Y. H.  BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV -...

    Jualan perkhidmatan bantu Apple atasi jangkaan pendapatan

    SAN FRANCISCO, 2 NOV - Apple pada Khamis lalu...

    JKP perkasa tahap profesionalisme pemandu pelancong

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OKT –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...