Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kerana siakap, ke lokap setahun

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JULAI – Seorang warga tempatan kelmarin dijatuhi hukuman penjara setahun selepas mengaku bersalah mencuri ikan siakap daripada majikannya, kemudian menjualnya.

    Majistret Nur Eleana binti Dato Seri Paduka Haji Hairol Arni pada mulanya menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan tetapi mengurangkannya kepada setahun selepas mempertimbangkan pengakuan bersalah defendan, Mohammad Hafizan bin Apizal, 23, memandangkan ia kesalahan pertamanya.

    Pendakwa raya Syazwani binti Jumat dalam fakta kesnya, mendedahkan defendan telah menjual ikan siakap itu untuk kepentingan peribadi, menambah Mohammad Hafizan baru sahaja bekerja lebih seminggu sebagai buruh pada 13 Mei.

    Tugasnya termasuk memunggah ikan dan membekukannya. Walaubagaimanapun, dia mula melakukan curi selepas memastikan semua orang di tempat kerjanya pulang sebelum mengalihkan keretanya menghampiri bangunan penyimpanan ikan.

    Mohammad Hafizan meletakkan keretanya berhampiran timbunan tangki yang mengandungi ikan siakap dan meletakkan 25 daripadanya di dalam guni.

    Gambar Canva

    Dia kemudian membawa guni itu ke belakang bangunan penyimpanan dan meletakkannya di dalam dram sebelum dimuatkan ke dalam keretanya.

    Defendan pulang ke rumah dan selepas itu bertemu dengan pembeli di Kampung Lambak.

    Defendan turut didedahkan telah mempromosikan jualan ikannya itu di kumpulan WhatsApp dengan harga $8 hingga $10 seekor.

    Ikan-ikan dijual di lokasi pertemuannya dengan pembeli.

    Defendan mengulangi modus operandinya pada 20 Mei lalu dengan mencuri 22 ekor lagi ikan siakap daripada syarikat itu dan menjualnya pada 22 Mei.

    Pada 27 Mei pula, dia mencuri 30 ekor lagi ikan siakap dan menjualnya pada hari yang sama.

    Pada 5 Jun, rakan sekerja defendan telah menyaksikan tindakannya itu melalui rakaman CCTV dan berdepan dengan defendan.

    Mohammad Hafizan telah mengaku mencuri ikan siakap sepanjang hari semasa menjalankan tugas.

    Syarikat telah memintanya membayar pampasan bagi semua siakap yang dicurinya, namun dia telah gagal melunaskannya yang membawa kepada laporan polis.

    Defendan telah ditahan pada 17 Julai.

    Siasatan tidak menemui ikan dijualnya, mengakibatkan kerugian lebih $2,000 kepada syarikat tersebut.

    Polis juga mengetahui bahawa defendan telah memperoleh $680 daripada hasil jualan ikan tersebut.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...