Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Kerana swafoto, remaja maut terkena renjatan elektrik

    NEW DELHI, 8 APRIL – Seorang remaja maut di atas enjin kereta api apabila terkena renjatan elektrik ketika cuba merakamkan swafoto di negeri tengah India, Madhya Pradesh, menurut polis hari ini.

    Budak lelaki berusia 16 tahun itu naik ke atas enjin kereta api tidak bergerak di Chhatarpur, kira-kira 336km ke barat daya Bhopal, ibu kota Madhya Pradesh.

    “Kelmarin, seorang remaja naik ke atas enjin kereta api yang tidak bergerak dengan hasrat merakamkan swafoto, namun dia terpegang grid elektrik yang aktif. Dia meninggal dunia serta merta,” Inspektor Pasukan Perlindungan Landasan Kereta Api, Jitendra Kumar memberitahu media.

    Menurut Kumar, naik ke atas enjin itu sendiri sudah menjadi satu kesalahan dan kes itu dianggap begitu, tambahnya.

    Rakan mangsa memberitahu media dia nampak kawannya terkena renjatan elektrik di atas enjin.

    “Dia membawa telefonnya kemudian kami nampak dia naik ke atas enjin, terkena elektrik dan jatuh di bumbungnya serta tidak lagi bergerak selepas itu,” kata rakan mangsa, Ashraf. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...