TAPAH – Mempunyai isi yang tebal dengan tekstur rangup, sementara rasanya pula agak lemak serta kurang pedar (pahit dan pedas), menjadikan petai dari daerah ini dambaan penggemar ulam itu setiap kali tiba musim. Dikatakan keistimewaan petai Tapah ini disebabkan oleh pokoknya tumbuh di kawasan berbukit dengan ketinggian melebihi 1,000 meter dari aras laut, selain usia