Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Seorang kerani pentadbiran dihadapkan ke Mahkamah Perantaraan, kelmarin, atas pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan wang berjumlah $17,775.
Norwidyawati binti Haji Moktal, 44, yang bertugas di Bahagian Polis Kawalan Diraja, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) didakwa menggelapkan wang dana kebajikan dan sukan milik PDB antara 17 November 2016 dan 13 April 2017.
Hakim Muhammed Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli memberikan masa sehingga 29 Julai 2019 kepada tertuduh untuk mempertimbangkan pengakuannya.
Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Dayangku Didi-Nuraza binti Pengiran Latiff.