Sunday, February 16, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerap tukar telefon baharu satu kerugian

    KINI telefon pintar boleh dikatakan menjadi satu keperluan untuk semua orang. Telefon pintar bukan sahaja menjadi alat penghubung antara satu sama lain malahan gajet ini diperlukan untuk membantu seseorang menyelesaikan tugasnya.

    Maka tidak hairanlah banyak syarikat pengeluar telefon pintar ini berlumba-lumba untuk mengeluarkan produk terbaik di pasaran. Setiap bulan boleh dikatakan pasti ada model-model baharu telefon pintar dilancarkan.

    Pilihan telefon pintar yang pelbagai menjadi pendorong utama untuk segelintir masyarakat sering kali menukar gajet tersebut walaupun ia bukanlah satu keperluan.

    Seorang pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Farizul berkata, dia antara segelintir masyarakat di Malaysia yang obses dengan telefon pintar. Jelasnya, sekiranya ada telefon pintar yang baru dilancarkan dan menepati cita rasanya, dia akan menukarnya.

    “Kebiasaannya, paling lama saya menggunakan sesuatu telefon pintar adalah sekitar enam atau tujuh bulan sebelum menukarnya dengan yang baharu.

    Pilihan telefon pintar yang pelbagai menjadi pendorong utama untuk segelintir masyarakat sering kali menukar gajet tersebut walaupun ia bukanlah satu keperluan.
    Pilihan telefon pintar yang pelbagai menjadi pendorong utama untuk segelintir masyarakat sering kali menukar gajet tersebut walaupun ia bukanlah satu keperluan.
    Norulhuda menjelaskan, pengeluar mengeluarkan produk baharu dalam masa singkat dan membuatkan pengguna merasa telefon yang dimiliki sebelum ini kelihatan ketinggalan, sedangkan hanya sedikit peningkatan teknologi dilakukan.
    Norulhuda menjelaskan, pengeluar mengeluarkan produk baharu dalam masa singkat dan membuatkan pengguna merasa telefon yang dimiliki sebelum ini kelihatan ketinggalan, sedangkan hanya sedikit peningkatan teknologi dilakukan.

    “Faktor utama saya sering menukar telefon adalah disebabkan cepat bosan dan ingin mencuba model-model baharu yang ada di pasaran di samping untuk kelihatan sebagai seseorang yang sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa,” kata pemuda yang berusia 26 tahun itu,

    Baru-baru ini dilaporkan bahawa rakyat Malaysia belanja RM12.2 bilion untuk membeli telefon. Laporan itu berdasarkan kajian yang dijalankan oleh organisasi penyelidikan pemasaran terbesar Jerman, GfK mendapati rakyat Malaysia membelanjakan lebih RM12 bilion dalam tempoh dua tahun lalu semata-mata untuk memiliki telefon pintar idaman.

    Pengarah Urusan GfK bagi Asia Tenggara, Stanley Kee menyatakan, pada tahun lalu sahaja, rakyat Mlaysia menghabiskan RM6.8 bilion untuk membeli telefon pintar popular seperti iPhone, Samsung, Huawei, Oppo, Vivo, LG, HTC dan Sony berbanding RM5.4 bilion dihabiskan bagi membeli telefon pada tahun 2015.

    Desakan

    Dalam pada itu, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Norulhuda Sarnon@Kusenin berkata, dalam sesetengah keadaan adakala manusia bertingkah laku dengan tidak rasional.

    Menurutnya, jika seseorang pengguna yang lebih rasio-nal, mereka tidak akan mudah menukar telefon dalam masa yang singkat dan memikirkan keperluan untuk menukarnya.

    “Bagi pengguna yang tidak rasional, mereka sering mengikut desakan dalaman diri untuk menukar telefon baharu walaupun terpaksa mengeluarkan wang yang banyak.

    “Lazimnya, pengguna seperti ini akan cuba mencari rasional untuk mengurangkan rasa bersalah sebagai mekanisme mempertahan diri dengan pelbagai alasan yang dapat diterima dan memuaskan diri sendiri seperti ingin mendapatkan imej yang lebih baik, perisian yang lebih canggih dan reka bentuk lebih unik,” jelasnya.

    Tambahnya, kini ramai pengguna terjerat dengan manipulasi psikologi oleh pihak pengeluar. Norulhuda menjelaskan, pengeluar mengeluarkan produk baharu dalam masa singkat dan membuatkan pengguna merasa telefon yang dimiliki sebelum ini kelihatan ketinggalan, sedangkan hanya sedikit peningkatan teknologi dilakukan.

    Stanley Kee menyatakan bahawa pada tahun lalu sahaja, rakyat Malaysia menghabiskan RM6.8 bilion untuk membeli telefon pintar popular seperti iPhone, Samsung, Huawei, Oppo, Vivo, LG, HTC dan Sony berbanding RM5.4 bilion dihabiskan bagi membeli telefon pada tahun 2015.
    Stanley Kee menyatakan bahawa pada tahun lalu sahaja, rakyat Malaysia menghabiskan RM6.8 bilion untuk membeli telefon pintar popular seperti iPhone, Samsung, Huawei, Oppo, Vivo, LG, HTC dan Sony berbanding RM5.4 bilion dihabiskan bagi membeli telefon pada tahun 2015.
    Ibu bapa atau orang dewasa seharusnya menjadi contoh yang baik kepada remaja agar tidak mengikut tingkah laku membeli yang tidak rasional iaitu menukar telefon dengan lebih kerap.
    Ibu bapa atau orang dewasa seharusnya menjadi contoh yang baik kepada remaja agar tidak mengikut tingkah laku membeli yang tidak rasional iaitu menukar telefon dengan lebih kerap.

    “Ini melibatkan rasa kebimbangan yang wujud dalam diri sesetengah pengguna bahawa mereka dianggap tidak mengikut perkembangan semasa.

    “Kebimbangan seperti ini sebenarnya adalah hasil daripada fikiran tidak rasional tentang kepercayaan dalam diri seseorang,” jelasnya.

    Dalam pada itu, Norulhuda berkata, terdapat dua golongan yang sering menukar telefon dalam tempoh masa yang singkat. Golongan pertama ialah pengguna yang obses kepada teknologi terkini dan mereka sering merasa rugi jika tidak dapat mengecapinya.

    “Golongan kedua ialah mereka yang ingin meningkatkan penghargaan diri. Mereka ingin meningkatkan identiti diri untuk menjadi yang ideal atau pun meningkatkan motivasi diri melalui penerimaan orang lain.

    “Terdapat banyak kajian yang mendapati wujudnya hubungan antara pembelian barangan berjenama dengan penghargaan diri seseorang.

    Penghargaan diri

    “Dalam konteks ini, tingkah laku kerap menukar telefon kepada yang lebih terkini dapat meningkatkan penghargaan diri apabila dianggap tidak ketinggalan dengan teknologi terkini, atau menunjukkan diri untuk diterima oleh orang lain atau mendapat kepuasan sebagai ganjaran diri apabila dipuji,” tegasnya.

    Fenomena seperti ini adalah tidak sihat dan perlu ditangani terutama kepada golongan remaja. Golongan remaja sangat berkait rapat dengan isu identiti diri dan egosentrik dalam perkembangan psikososial mereka.

    “Kita tidak mahu remaja membina kepercayaan bahawa diri mereka akan lebih hebat apabila memiliki telefon yang mengikut perkembangan semasa sedangkan mengaitkan penghargaan diri dengan material adalah satu gejala yang sangat berbahaya.

    “Ibu bapa atau orang dewasa seharusnya menjadi contoh yang baik kepada remaja agar tidak mengikut tingkah laku membeli yang tidak rasional iaitu menukar telefon dengan lebih kerap,” kata Norulhuda.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda