Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerber hilang status no.1

    LONDON, 11 Julai – Angelique Kerber tersingkir dari Wimbledon dan kehilangan genggamannya ke atas ranking nombor satu dunia, sementara juara lima kali Venus Williams menjadi finalis suku akhir tertua All England Club dalam tempoh 23 tahun semalam.

    Kerber dikalahkan 4-6, 6-4, 6-4 oleh pemain pilihan 14 Sepanyol, Garbine Muguruza apabila penyingkiran pusingan keempat pemain dari Jerman itu terus menghantui aksi hambar bagi pemenang kedua Wimbledon tahun lepas.

    “Saya tahu perasaan itu untuk menjadi pemain nombor satu, menjadi pemain nombor dua, dalam 10 pemain terbaik,” kata Kerber, tidak terkejut dengan ranking yang terjejas.

    Kerber, yang mengungguli ranking teratas dari Serena pada Mac lalu, akan digantikan di kedudukan pertama sama ada oleh Karolina Pliskova atau Simona Halep.

    Jika Halep, tempat kedua Terbuka Perancis sebanyak dua kali, tewas kepada pemain dari Britain itu, kemudian pemain nombor tiga dunia Czech, Pliskova adalah menjadi pemain nombor satu yang baru meskipun tewas pada pusingan kedua. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda