Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerber ke separuh akhir

    LONDON, 28 JUN – Angelique Kerber meneruskan rentak gelanggang rumput menjelang aksi mempertahankan gelaran Wimbledon dengan menundukkan Simona Halep 6-4, 6-3 untuk melangkah ke separuh akhir Eastbourne International kelmarin.

    Juara Grand Slam tiga kali itu memenangi gelaran pertamanya tahun ini dan kini sudah melangkah ke separuh akhir dalam empat kejohanan gelanggang rumput terakhirnya.

    Pemain Jerman itu memperoleh break pada awal kedua-dua set sebelum memimpin dalam pertemuan antara dua bekas pemain nombor satu dunia.

    Halep sekali mendapat break pada kedua-dua set tetapi Kerber terus menambah mata untuk mencatat kemenangan dalam masa lebih dari 70 minit.

    Cabaran seterusnya bagi Kerber ialah Ons Jabeur untuk tempat pada final selepas pemain Tunisia menghantar pulang Alize Cornet dengan 1-6, 7-5, 6-3.

    Kedua-dua pemain teratas itu akan bertemu pada aksi terakhir Sabtu ini ketika pemain nombor tiga dunia Karolina Pliskova dan pemain ranking keempat Kiki Bertens merebut slot empat terakhir.

    Pliskova yang menang di Eastbourne dua tahun lalu, ketinggalan dua permainan menentang Ekaterina Alexandrova dari Rusia sebelum menang 6-2, 6-0. Bertens berdepan kesukaran pada sebelah petang tetapi akhirnya menamatkan cabaran finalis tahun lalu Aryna Sabalenka 6-4, 3-6, 6-4. – AFP

    Kerber mengembalikan pukulan ketika menentang Halep pada perlawanan suku akhir di Eastbourne International, kelmarin. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda