Tuesday, February 11, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerber mahu rampas kembali nombor satu

    DUBAI, 23 Feb – Angelique Kerber mendominasi Monica Puig 6-2, 6-3 dalam tempoh hampir sejam di Kejohanan Tenis Dubai semalam untuk melangkah lebih hampir untuk kembali ke ranking nombor satu dunia.

    Pemain pilihan utama Jerman itu boleh mendapatkan semula ranking nombor satu jika dia memenangi pertandingan Teluk itu pada Sabtu ini.

    Kejayaan Kerber itu juga membolehkannya membalas dendam ke atas pemain dari Puerto Rica, Puig, yang menewaskan pemain itu berusia 29 tahun itu bagi merebut pingat emas Olimpik Rio pada Ogos lalu.

    Kerber memperbaiki kedudukan kepada 3-1 dalam siri pertandingan itu dengan kemenangan selesa ke atas pilihan nombor 42 di kelab Aviation.

    “Saya cuba untuk beraksi dengan permainan saya. Saya merasa gembira dengan cara saya beraksi pada hari ini,” kata Kerber. “Saya cuba untuk terus fokus ke atas setiap mata dan cuba untuk bergerak dengan baik, membawa kembali banyak bola.

    Pemain nombor dua dunia, Angelique Kerber meraikan kemenangannya ke atas Monica Puig dari Puerto Rico dalam Kejohanan Tenis Dubai. – AP
    Pemain nombor dua dunia, Angelique Kerber meraikan kemenangannya ke atas Monica Puig dari Puerto Rico dalam Kejohanan Tenis Dubai. – AP

    “Saya hanya memikirkan mengenai permainan saya, mengenai rentak saya, dan tidak memikirkan terlalu banyak mengenai pesaing saya malam ini.”

    Pemain dari Jerman itu seterusnya akan menentang Ana Konjuh, yang menyingkirkan pemain pilihan kelapan, Elena Vesnina 3-6, 6-4, 7-6 (7/4).

    Pemain pilihan ketujuh, Elina Svitolina menyingkirkan Christina McHale 4-6, 6-4, 6-3 dalam pertandingan yang berlangsung hampir dua jam setengah.

    “Saya menentang diri saya pada hari ini, saya tidak ke sana dengan mendapatkan mata penting,” jelas pemenang dari Ukraine itu. “Saya tidak melakukan yang terbaik, tetapi kemudian saya gembira kerana menang.

    “Ini menunjukkan saya boleh pergi melalui beberapa pertandingan sukar walaupun tidak beraksi dengan baik dan kemudian cuba mencari permainan saya, pada akhir set ketiga, saya menemuinya. Ia adalah positif saya berjuang sehingga ke akhir dan tidak menyerah kalah.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda