Friday, February 7, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerber mula langkah kiri

    ZHUHAI, China, 1 Nov – Bekas pemain nombor satu dunia, Angelique Kerber mengalami kekalahan di tangan Anastasia Pavlyuchenkova pada hari pertama pertandingan Trofi Elit WTA, permulaan yang sukar bagi bintang dari Jerman itu pada pertandingan akhir musim.

    Pavlyuchenkova, pemain pilihan keempat, menewaskan Kerber, 29, 6-3, 3-6, 6-2 dalam masa satu jam dan 54 minit di Zhuhai Hengqin International Tennis Centre di selatan China.

    Pemain pilihan kelapan, Kerber, yang menjulang gelaran Terbuka Australia dan AS pada tahun lepas, masih berpeluang untuk layak bagi separuh akhir kerana format pertandingan round-robin.

    Setelah bergelut untuk mendapatkan rentak pada set pertama, tewas 4-1 selepas lima permainan pertama, dia mampu untuk menebus kembali pada set kedua, dengan bertahan pada permainan ketiga dan mendapatkan ‘break’ penting dalam permainan keenam sebelum menyamakan kedudukan.

    Kedua-dua pemain berbalas–balas servis pada awal set ketiga tetapi ia tidak cukup lama sebelum pemain dari Rusia itu mengatasi Kerber.

    Kerber ketika membalas pukulan Pavlyuchenkova di Trofi Elit WTA, Zhuhai. Kerber kecundang 6-3, 3-6, 6-2 di tangan Pavlyuchenkova. – AFP

    “Saya tidak beraksi dengan baik pada set pertama.

    “Saya mula beraksi pada set kedua, dan kemudian, ya, saya rasa pada akhirnya dia menenangi mata penentuan,” dia memberitahu media.

    Awal minggu pertandingan pemain dari Jerman, yang jatuh dari kedudukan nombor satu dunia pada Januari lalu ke kedudukan ke-19, memberitahu AFP dia mempelajari beberapa pengajaran pada tahun ini dan bersedia bagi permulaan baru musim depan.

    “Saya tidak rasa, ia adalah tahun terbaik,” dia memberitahu sidang akhbar selepas pertandingan.

    Sementara itu, Coco Vandeweghe dari AS sebelumnya menewaskan pesaing wild card dari China.

    Pemain pilihan kedua itu menewaskan pemain nombor satu China, Peng Shuai 3-6, 6-3, 6-2 dalam masa satu jam dan 55 minit. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda