Sunday, July 7, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Kereta api bertembung di utara Itali, 17 cedera ringan

    ROM, 11 DIS – Dua buah kereta api bertembung antara satu sama lain pada kelajuan rendah di utara Itali lewat kelmarin, menyebabkan sekurang-kurangnya 17 orang cedera, namun tidak ada yang serius, kata anggota bomba dan pengendali kereta api.

    Kemalangan antara kereta api berkelajuan tinggi dan kereta api wilayah berlaku di landasan antara Bologna dan Rimini, khususnya antara bandar Faenza dan Forli, umum perkhidmatan bomba di media sosial, mengatakan sekurang-kurangnya 17 orang cedera.

    Bagaimanapun jurucakap pengendali kereta api negara, Trenitalia memberitahu AFP penumpang hanya ‘cedera ringan’, kebanyakannya luka lebam.

    “Ia adalah perlanggaran pada kelajuan yang sangat rendah,” katanya sambil menambah siasatan sedang dijalankan terhadap apa yang berlaku.

    Gambar yang diterbitkan oleh anggota bomba menunjukkan kedua-dua kereta api itu bertembung, tetapi bahagian hadapan kereta api itu masih dalam keadaan baik.

    Menteri Pengangkutan, Matteo Salvini, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata beliau turut mengikuti perkembangan situasi itu dan mengesahkan kecederaan yang dialami penumpang adalah ringan.

    Katanya, dia sedang mencari maklumat tentang apa yang berlaku termasuk pihak yang bertanggungjawab.

    Nahas tersebut berlaku tiga bulan selepas lima pekerja kereta api maut ketika dilanggar kereta api semasa kerja penyelenggaraan semalaman di laluan Milan-Turin pada 31 Ogos. – AFP

    Anggota bomba ketika berada di tapak perlanggaran antara kereta api laju Freccia Rossa dan kereta api wilayah. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua askar, enam suspek militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir

    NEW DELHI, 7 JULAI – Dua anggota tentera dan enam suspek militan terkorban dalam dua pertempuran berasingan di Kashmir yang ditadbir India, menurut polis, hari...