Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kereta api bertembung kereta ragut tiga nyawa

    BERLIN, 23 APRIL – Sebuah kereta api melanggar sebuah kereta di persimpangan di utara Jerman hari ini, membunuh ketiga-tiga orang di dalam kereta itu, kata polis.

    Polis berkata bahawa kereta api di wilayah itu melanggar kereta itu pada kelajuan penuh berhampiran Neustadt am Ruebenberge, di luar bandar Hannover, lapor agensi berita Jerman dpa.

    Pemandu kereta berusia 22 tahun itu maut bersama dua wanita yang bersamanya dalam kenderaan itu, masing-masing berusia 21 dan 22 tahun. Terdapat 38 penumpang dan empat pekerja kereta api di dalam kereta api itu, dan seorang mengalami cedera ringan.

    Kereta itu nampaknya memandu ke persimpangan walaupun penghadang, yang tidak meliputi keseluruhan jalan, ditutup. – AP

    Perkhidmatan kecemasan di tempat kemalangan di Neustadt am Rubenberge, Jerman, 23 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda