CIUDAD JUÁREZ, 5 SEPT – Seorang warga Venezuela berusia empat tahun terbunuh dan tiga lagi pendatang ke Amerika Syarikat (AS) cedera, kelmarin, apabila kereta api kargo yang mereka naiki atasnya tergelincir di utara Mexico, kata pihak berkuasa.
Abang kanak-kanak itu yang berusia tujuh tahun cedera manakala ibunya, 28, kehilangan kaki dan mengalami kecederaan tulang belakang dalam kemalangan itu, kata sekretariat kesihatan di negeri Chihuahua.
Seorang pendatang Nicaragua turut cedera, menurut institut imigresen negara.
Kereta api itu terbalik di kawasan padang pasir di mana pendatang sering memanjat bumbung gerabak yang lalu lalang.
Beribu-ribu pendatang yang melarikan diri dari keganasan dan kemiskinan mengembara ke seluruh Mexico setiap tahun menuju ke sempadan AS.
Sementara sesetengah menaiki atas kereta api, yang lain membayar penyeludup orang untuk mengangkut mereka dengan trak atau menyertai karavan. – AFP