Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kereta api langgar beruang, penumpang terkandas

    TOKYO, 1 NOV – Seramai lapan orang terpaksa menghabiskan malam dalam sebuah kereta api yang tidak mempunyai sistem pemanasan selepas kereta api itu melanggar seekor beruang, kata pihak berkuasa hari ini, semasa negara itu berdepan dengan peningkatan insiden yang berkaitan dengan beruang.

    Bilangan serangan beruang ke atas manusia meningkat secara mendadak tahun ini, dengan pakar menyalahkan penebangan pokok oak memaksa haiwan itu mencari lebih jauh untuk mendapatkan makanan sebelum hibernasi musim sejuk.

    Kereta api di pulau Hokkaido bertembung dengan beruang setinggi 1.8 meter di bandar Furano pada kira-kira jam 11:30 malam kelmarin, kata Japan Railways.

    Kemalangan itu menyebabkan kereta api tersebut tidak dapat berfungsi dan penumpang di dalamnya dinasihatkan untuk tidak keluar sehingga pemburu-pemburu tiba untuk memeriksa tiada beruang lain di sekitar kawasan tersebut.

    Tetapi pemburu tidak dibenarkan melepaskan tembakan pada waktu malam, penumpang terpaksa menunggu sehingga subuh, kata JR Hokkaido.

    Sebaik matahari terbit, beruang itu ditemui mati dan dikeluarkan oleh pekerja kereta api di bawah bimbingan pemburu, kata syarikat itu.

    “Saya tiba-tiba merasakan getaran,” kata salah seorang penumpang kepada penyiar tempatan.

    “Nampaknya sistem pemanasan rosak, jadi dalam kereta itu sangat sejuk, agak sukar,” katanya.

    Di Jepun, lima orang telah dibunuh oleh beruang pada tahun fiskal ini, menurut pengiraan awal yang dikeluarkan oleh kementerian alam sekitar hari ini.

    Pada bulan Mei, bahagian badan yang teruk terputus ditemui di bawah tanaman di sebuah bandar di Hokkaido, mengikut laporan media, selepas penemuan kepala yang terputus berdekatan. – AFP

    Gambar hiasan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...