Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kereta api tambang murah untuk penduduk London

    FIRMA kereta api merancang untuk menyediakan perkhidmatan tambang murah antara London dan Edinburgh yang akan menyediakan tahap keselesaan dan perkhidmatan bermutu tinggi.

    FirstGroup berkata ia telah bersetuju dengan perjanjian sekitar 100 juta pound dengan Hitachi Rail untuk pembangunan lima kereta api elektrik AT300 125msj baharu.

    Perkhidmatan empat jam itu dijangka bermula pada tahun 2021 dan akan bersaing dengan pengendali francais InterCity East Coast dan syarikat penerbangan.

    Harga purata perkhidmatan tersebut di bawah lingkungan kurang daripada 25 pound, menurut FirstGroup.

    Setiap kereta api berkenaan terdiri daripada lima gerabak, semua kelas standard, dengan jumlah 400 kerusi.

    Reka bentuk dan penjenamaannya belum disahkan tetapi kereta api itu dijangka akan menyediakan perkhidmatan penyediaan makanan dan kemudahan akses WiFi secara percuma.

    FirstGroup akan mengendalikan lima perkhidmatan setiap hari di setiap hala antara London King’s Cross dan Edinburgh, Stevenage, Newcastle dan Morpeth.

    Sebilangan besar perkhidmatan kereta api di Britain dikendalikan oleh francais jangka panjang yang diberikan lesen oleh Jabatan Pengangkutan. – Agensi

    Setiap kereta api terdiri daripada lima gerabak, semua kelas standard dengan jumlah 400 kerusi. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda