Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kereta api terbakar, ratusan penumpang dipindahkan

    FRITZENS, AUSTRIA, 8 JUN – Ratusan penumpang terpaksa dipindahkan selepas kereta api dinaiki terbakar dalam terowong di wilayah Tyrol, Austria, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Menurut perkhidmatan kecemasan, seramai 370 penumpang terpaksa dipindahkan dari kereta api malam, yang dalam perjalanan dari Innsbruck ke Amsterdam dan Hamburg pada malam kelmarin.

    Kerosakan pada kabel elektrik dalam terowong rel Terfens menyebabkan kebakaran pada satu atau lebih kenderaan yang dibawa dengan gerabak pembawa kereta.

    Polis berkata, kira-kira 50 orang penumpang cedera ringan atau terhidu asap. Tiada kecederaan serius dilaporkan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda