Saturday, February 22, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kereta api tergelincir, cetus kebakaran besar

    AMERIKA SYARIKAT, 5 FEB – Sebuah kereta api kargo tergelincir di barat Amerika Syarikat (AS), mencetuskan kebakaran besar dan melepaskan sejumlah kecil vinil klorida, sejenis kimia beracun, kata pegawai semalam.

    Tiada kecederaan atau mangsa korban dilaporkan selepas kira-kira 50 daripada 140 gerabak tergelincir dari landasan berdekatan dengan sempadan negeri Ohio-Pennsylvania.

    Kereta api Norfolk Southern sedang membawa kargo dari Madison, Illinois ke Conway, Pennsylvania, apabila ia tergelincir di Palestine Timur, Ohio.

    Sepuluh daripada gerabak yang tergelincir itu membawa bahan berbahaya, termasuk lima dengan vinil klorida, kata Lembaga Kesela-matan Pengangkutan Nasional (NTSB), agensi penyiasat persekutuan di Twitter semalam.

    Vinil klorida, gas klorin, dianggap karsinogenik oleh Institut Kanser Nasional AS. Ia digunakan untuk membuat paip PVC plastik putih yang biasanya digunakan dalam sistem paip.

    “Kami belum mengesahkan vinil klorida telah dilepaskan selain dari peranti pelepasan tekanan yang dipasang di beberapa gerabak, menurut NTSB.

    “Beberapa letupan kedengaran ketika gerabak terus terbakar semalam.” – AFP

    Asap menjulang naik dari kereta api kargo di Palestine Timur, Ohio pada 4 Februari 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda