Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kereta autonomi semakin kurang dipandu manusia

    LOS ANGELES — Prototaip kereta pandu sendiri kelihatan semakin gah menelusuri jalan-jalan dan lebuh raya California tanpa pemandu sandaran manusia, pengawal selia pengangkutan California mengumumkan Rabu lalu.

    Data kejadian berkaitan keselamatan telah dilaporkan oleh 11 syarikat yang telah menguji lebih daripada 100 kenderaan di atas jalan terutama di kawasan perumahan Lembah Silikon di mana teknologi itu semakin berkembang.

    Semua laporan uji pandu dan penglibatan manusia dalam ujian mereka telah dibawa kepada Jabatan Kenderaan Bermotor California dan didedahkan secara online.

    Dokumen-dokumen yang mengkatalogkan jumlah ujian dari Disember 2015 sehingga akhir November 2016 itu menyimpulkan bahawa manusia mengambil alih kawalan daripada perisian kereta pandu sendiri atas sebab-sebab keselamatan.

    Projek kereta pandu sendiri Waymo Google yang dijenamakan semula baru-baru ini, menjalankan lebih banyak ujian berbanding gabungan ujian 10 syarikat lain dan mencatatkan banyak kejayaan yang lebih besar.

    Kereta Lexus pandu sendiri Google menelusuri sebatang jalan semasa demonstrasi uji pandu dari kampus Google, Mountain View, California dalam gambar fail 13 Mei 2015. – AP
    Kereta Lexus pandu sendiri Google menelusuri sebatang jalan semasa demonstrasi uji pandu dari kampus Google, Mountain View, California dalam gambar fail 13 Mei 2015. – AP
    Barisan kereta autonomi Google Lexus yang dirakamkan di luar Muzium Sejarah Komputer di Mountain View, California untuk uji pandu dalam gambar fail 13 Mei 2014. – AP
    Barisan kereta autonomi Google Lexus yang dirakamkan di luar Muzium Sejarah Komputer di Mountain View, California untuk uji pandu dalam gambar fail 13 Mei 2014. – AP

    Kumpulan kereta Waymo memandu sendiri lebih 635,000 batu dengan 124 campur tangan manusia berkaitan keselamatan apabila teknologi gagal atau pemandu sandaran bimbang kereta akan rosak.

    Kadar campur tangan manusia projek Google itu sama dengan dua insiden setiap 10,000 batu dalam satu penurunan ketara berbanding tahun sebelumnya apabila lapan penglibatan manusia dicatatkan setiap 10,000 batu.

    “Peningkatan empat kali ganda itu mencerminkan kerja penting yang kami telah lakukan untuk menjadikan perisian dan perkakasan kami lebih mampu dan matang,” ketua teknologi pandu sendiri Waymo Dmitri Dolgov menulis dalam blog.

    Ketua pengkritik Waymo mengakui peningkatan itu tetapi John Simpson dari Consumer Watchdog yang tidak menjana keuntungan berkata, jumlah penglibatan manusia menunjukkan kereta pandu sendiri masih “tidak bersedia untuk berkeliaran di jalan raya” tanpa pemandu sandaran manusia walaupun beberapa syarikat lain menunjukkan peningkatan.

    Nissan melaporkan 28 penglibatan manusia dalam perjalanan lebih 4,099 batu atau 68 kejadian ambil alih kawalan dicatatkan setiap 10,000 batu dan jauh lebih baik berbanding 106 dalam 1,485 batu (713 kejadian setiap 10,000 batu) yang dilaporkan tahun lepas.

    Cruise Automation melaporkan permulaan ujian perbatuan yang diperoleh General Motors tahun lepas adalah jarak pergerakan kedua paling jauh.

    Cruise berkata prototaip mereka mencatatkan 181 penglibatan manusia selepas 9,776 batu (185 bagi setiap 10,000 batu) dan mereka ‘gembira’ dengan kemajuan semasa ujian di jalan-jalan kompleks San Francisco. Syarikat itu tidak memfailkan jumlah penglibatan manusia pada 2015 kerana tidak mempunyai permit uji pandu.

    Walaupun tidak sempurna, data itu mewakili rasa ingin tahu terbaik orang ramai masuk ke dalam dunia kereta pandu sendiri yang rahsia dan amat kompetitif supaya memahami bagaimana prototaip melakukannya.

    California memerlukan laporan penglibatan manusia sebagai sebahagian daripada peraturan ujian di jalan raya. Secara berasingan, negeri itu juga memerlukan syarikat-syarikat untuk melaporkan sebarang perlanggaran melibatkan kereta mereka.

    Bila teknologi ini sedia untuk berkhidmat kepada orang ramai amat bergantung kepada beberapa faktor termasuk kesediaan pengawal selia dan keyakinan syarikat bahawa kenderaan mereka benar-benar selamat.

    Kereta autonomi Tesla Model S remuk selepas terlibat dalam satu kemalangan sehingga membunuh pemandu sandaran Joshua Brown pada 7 Mei 2016. - AP
    Kereta autonomi Tesla Model S remuk selepas terlibat dalam satu kemalangan sehingga membunuh pemandu sandaran Joshua Brown pada 7 Mei 2016. – AP

    Ketika Elon Musk Tesla cukup yakin dan bercakap tentang projek itu akan sedia dalam beberapa bulan, syarikat-syarikat seperti Waymo telah mencadangkan 2017 atau 2018 adalah waktu yang lebih realistik.

    Laporan Tesla berkata, empat prototaip mereka bergerak sejauh 550 batu dan mengalami 182 penglibatan pemandu sokongan atau pun sama dengan 3,309 penglibatan setiap 10,000 batu.

    Log perbatuan Tesla adalah untuk membangunkan video dengan lagu Rolling Stones ‘Paint It Black’ di mana seseorang itu tidak perlu meletakkan tangan pada stereng atau kaki pada pedal.

    Video itu mempromosikan bagaimana Tesla menghantar kereta dengan sensor canggih yang akan diaktifkan pada masa hadapan. Secara umumnya, Tesla menguji kereta mereka di tanah persendirian, bukan jalan awam. Penglibatan manusia dalam uji pandu itu tidak dilaporkan kepada kerajaan negeri ini.

    Sementara itu, Tesla sedang mengumpul data berpuluh juta batu dunia sebenar apabila pemilik terlibat dalam ciri-ciri Autopilot semasa, yang boleh mengawal stereng dan kelajuan tetapi tidak cukup canggih untuk memandu sendiri dari perspektif pengawalseliaan.

    Jabatan Kenderaan Motor California telah berusaha selama beberapa tahun mengenai peraturan untuk mengawal teknologi ini boleh dibuka kepada orang ramai apabila syarikat percaya ujian menunjukkan kepakaran mereka sudah bersedia.

    California dijangka memuktamadkan peraturan ‘Operasi awam’ dalam masa enam minggu, menurut Melissa Figueroa, seorang jurucakap Transportation Agency Negeri California.

    Jabatan Kenderaan Motor, yang merupakan sebahagian daripada agensi itu, mendedahkan draf pertama pada Disember 2015, hampir setahun selepas peraturan akhir sepatutnya sudah dimuktamadkan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda