Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kereta bawa 12 penghijrah langgar lampu merah

    THESSALONIKI, GREECE, 29 SEPT – Polis Greece berkata kereta yang memecut laju membawa 12 penghijrah Afghanistan melanggar lampu merah dan bertembung dengan kereta yang datang dari jalan tepi sekali gus membunuh pemandunya, lelaki Greece berusia 64 tahun.

    Polis berkata seorang penghijrah cedera parah manakala tiga yang lain cedera ringan dalam kemalangan pagi ini di jalan lama Kavala-Thessaloniki di utarAa Greece.

    Beberapa penghijrah ditemui dalam bonet kereta sedan itu.

    Pemandu kereta bersama penghijrah telah ditangkap. Polis berkata dia penyeludup Moldova berusia 25 tahun yang membawa penghijrah menuju ke bandar Greece, Thessaloniki, 22km ke barat. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda