Saturday, April 19, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kereta dipecah masuk

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 APRIL- Aktiviti riadah seperti hiking sepatutnya menjadi satu pengalaman menyeronokkan, namun berakhir dengan kekecewaan apabila kereta seorang pendaki dipecah masuk oleh individu tidak bertanggungjawab.

    Menurut sumber daripada grup whatsapp kejadian berlaku pagi tadi di kawasan Rekreasi Bukit katok.

    Semasa kejadian itu, kereta mangsa parkir di tepi jalan lebuh raya Katok iaitu kawasan yang sering digunakan oleh pengunjung untuk meletakan kereta. Pemilik kenderaan itu mengetahui kejadian tersebut sejurus selesai melakukan aktiviti hiking dan kemudian mendapati tingkap kecil keretanya telah dipecahkan.

    Para pendaki di bukit berkenaan adalah dinasihatkan agar tidak meninggalkan barangan berharga di dalam kenderaan ketika melakukan aktiviti luar.

    Di samping itu, pihak berkuasa juga diharapkan supaya terus membuat pemantauan di tempat berkenaan.

    Kejadian seumpama itu bukan yang pertama kali berlaku dan orang ramai diingatkan agar lebih berhati-hati serta mengambil langkah keselamatan tambahan seperti menggunakan alat penggera keselamatan.

    Kereta mangsa parkir di tepi jalan lebuh raya Katok iaitu kawasan yang sering digunakan oleh pengunjung untuk meletakan kereta.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda