Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kereta F1 lebih lincah, mesra alam

    PARIS, 7 JUN – Jentera Formula Satu akan menjadi lebih mesra alam dengan enjin terbahagi 50-50 antara kuasa elektrik dan pembakaran dalaman mulai 2026, dan ia akan menjadi lebih kecil serta lebih tangkas, kata FIA kelmarin.

    Kereta akan menggunakan bahan api yang mampan sepenuhnya dan akan menjadi 30kg lebih ringan dan 10cm lebih sempit, kata badan induk sukan itu.

    “Direka bentuk untuk menjadi lebih kecil dan ringan daripada generasi kereta semasa, dimensi kereta itu telah diubah untuk mematuhi konsep ‘kereta lincah’ di tengah-tengah peraturan baharu,” kata FIA dalam satu kenyataan.

    Apa yang dipanggil sebagai teknologi ‘aerodinamik aktif’ akan digunakan untuk memaksimumkan manfaat enjin baharu di mana sayap depan dan belakang kereta akan terbuka di laluan lurus bagi mengurangkan rintangan dan meningkatkan kelajuan, tetapi kemudian akan ditutup untuk meningkatkan daya cengkaman di selekoh.

    Tindakan memotong kereta hadapan akan diperkuat oleh sistem kuasa tambahan yang dipanggil mod override manual.

    “Ciri-ciri utama peraturan 2026 ialah keselamatan dan teknologi mampan yang canggih,” kata Presiden FIA, Mohammed Ben Sulayem.

    “Matlamat kami, bersama-sama dengan F1, adalah untuk menghasilkan kereta yang sesuai untuk masa depan kategori elit sukan ini. Kami percaya kami telah mencapai matlamat itu,” tambahnya. – AFP

    Pemandu Ferrari, Charles Leclerc memandu keretanya di litar lumba Monaco, pada 26 Mei 2024. Mulai 2026, kereta F1 akan menjadi lebih lincah dan mesra alam. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda