Friday, February 7, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kereta masa depan ‘pintar’

    TESLA Model Dual Motor merupakan peningkatan mutlak mengenai sistem pemanduan all-wheel elektrik. Dengan dua motor, satu di depan dan satu di bahagian belakang, Model S secara digital dan bebas mampu mengawal tork di bahagian roda depan dan belakang. Keputusannya menunjukkan ketidakseimbangan tarikan akan mampu mengawal semua keadaan.

    Kereta yang memiliki pemanduan all-wheel menggunakan hubungan mekanikal yang kompleks untuk memberikan kuasa dari satu enjin untuk keempat-empat roda. Hanya Tesla sahaja yang memiliki teknologi yang memberikan tarikan yang mampan untuk untuk roda depan dan belakang dengan menggunakan dual motor.

    Model S datang dengan standard Pemanduan Dual Motor All-Wheel, P100D Model yang dilengkapi dengan motor depan berkuasa tinggi dengan kecekapan motor depan untuk mencapai pecutan yang menakjubkan dari kosong ke 60 batu per jam dalam masa 2.5 saat.

    Model S direka bentuk untuk menjadi kereta yang paling selamat di jalan raya. Dengan kelengkapan keselematan yang ada, kereta ini memiliki drivetrain elektrik yang unik tersimpan di bawah kereta dengan subbingkainya yang tersendiri. Penempatan yang unik itu telah merendahkan pusat graviti kereta tersebut sekali gus meningkatkan pengendalian dan mengurangkan risiko terbalik. Dalam pada itu juga, ia menggant blok enjin yang berat dengan susur yang diperbuat dari keluli boron yang mampu menyerap impak.

    Dilengkapi dengan lapan airbag untuk pemandu dan penumpang termasuk dua langsir airbag.
    Skrin sentuh 17 inci yang mengawal sebahagian besar fungsi kereta ini.

    Dalam pada itu juga, Model S ini dilengkapi dengan teknologi keselamatan yang aktif termasuk penghindaran berlakunya perlanggaran dan automatic emergency braking.

    Impak tepi ditemukan dengan tiang aluminium untuk mengukuhkan lagi susur keluli sekali gus mengurangkan pergerakan, melindungi penumpang dan pemandu kereta. Manakala bungkusan bateri akan meningkatkan ketahanan bumbung. Jika berlaku kemalangan, lapan airbag akan melindungi di bahagian depan dan belakang penumpang dan sumber jana kuasa yang tinggi akan secara automatik terputus.

    Bahagian dalaman Tesla Model S ini dilengkapi dengan skin sentuh 17-inci yang mengawal sebahagian besar fungsi kereta seperti membuka bumbung panoramik yang diperbuat dari kaca, membuat pengawalan iklim secara automatik dan menukar stesen radio dengan hanya di hujung jari. Skrin sentuh, kelengkapan digital dan pengawalan steering seiring dengan media, navigasi, komunikasi, pengawalan kabin dan data kenderaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda